Khamis, April 09, 2015

Erra Fazira Tertekan Hubungan Baik Dengan Bekas Suami Disalah Anggap



Pelakon Erra Fazira sedikit tertekan apabila hubungan baiknya dengan bekas suami, Engku Emran disalah anggap sehingga ada yang mahu mereka kembali semula sebagai pasangan suami-isteri selepas bercerai. Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 41, berkata hubungan tersebut adalah semata-mata demi membesarkan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 6 tahun."Saya akui ada sedikit tertekan bila apa yang kami lakukan disalah anggap oleh segelintir masyarakat. Kami masih berbaik adalah semata-mata demi Aleesya dan bukan untuk hidup bersama kembali (sebagai suami-isteri). "Orang ramai tidak tahu kenapa kita berpisah, ia sudah tentu kerana ada sebab tertentu dan bukan suka-suka," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran rancangan Kilauan Emas musim kelima, di Hard Rock Cafe, di sini, Rabu.