Jumaat, April 10, 2015

Djokovic, Federer & Nadal Tak Diundang Ke Perkahwinan Andy Murray



“Tak dijemput.” Itu jawapan Novak Djokovic malam Ahad lalu sewaktu ditanya sama ada dia akan menghadiri perkahwinan seterunya di gelanggang, Andy Murray. “Namun saya mendoakan yang terbaik untuknya.” Djokovic nampaknya senasib dengan bintang utama jelajah yang lain. Selepas berbincang dengan bakal isterinya, Kim Sears, mereka memutuskan untuk tidak mengundang tetamu berstatus bintang dalam majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan di Dunblane Cathedral, Sabtu ini. Tiada siapa di antara mereka berada dalam senarai utama, begitu juga dengan Roger Federer. Malah Rafael Nadal, yang juga teman rapat Murray dalam kalangan musuhnya di gelanggang, akan berada di Monte Carlo untuk persiapan kejohanan gelanggang tanah liat di Eropah. - Metro