Ahad, April 19, 2015

Debaran Anugerah Tribute P Ramlee 2015



Anugerah Tribute P Ramlee 2015 kembali lagi untuk edisi kali kedua. Mengangkat karya telefilem inspirasi karya agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, anugerah yang dicetuskan oleh Suhan Movies naungan Datuk Rosyam Nor ini akan meleraikan persoalan tentang siapakan yang bakal membawa pulang anugerah yang dipertandingkan. Edisi Anugerah Tribute P Ramlee 2015 akan diacarakan oleh Yasmin Hani dan Awal Ashaari. Daripada 13 buah telefilem, yang manakah akan membolot anugerah. Sama-sama kita nantikan Anugerah Tribute P Ramlee 2015 pada 19 April 2015, jam 9.00 malam, di RTM TV1.