Khamis, April 09, 2015

Dada Taufik Batisah Rasa Nak Pecah Ketika Lafaz Nikah



Penyanyi popular Singapura Taufik Batisah telah selamat bernikah dengan pasangannya Sheena Akbal pada 4 April lepas. Menurut laporan sebuah akhbar Singapura, Taufik telah memberikan mas kahwin sebanyak SGD  500 (RM 1,250) berserta hantaran seperti sejadah, telekung dan senaskah Al-Quran kepada pengantin perempuan.Walaupun sah bergelar suami kepada Sheena dengan sekali lafaz, Taufik memberitahu jantungnya berdegup kencang ketika bapa mertuanya menghulurkan tangan untuk menyempurnakan akad.“Jantung saya berdegup kencang ketika itu, seolah-olah nak tercabut. Dada pula rasa seperti mahu pecah! “Mujur saya berjaya juga lakukannya lafaz akad dalam satu nafas,” katanya ketawa. - Awani


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dada-taufik-batisah-rasa-nak-pecah-ketika-lafaz-nikah-57303?cp