Selasa, April 28, 2015

Che Ta Perlahankan Karier Lakonan



Setelah sekian lama bekerja keras di dalam bidang lakonan, Rozita Che Wan mengakui dia kini sudah mula terasa penat dan malas untuk meneruskan karier lakonan seperti dahulu lagi. Apatah lagi, sejak dikurniakan cahaya mata ketiga dan yang pertama hasil perkahwinannya dengan aktor  berdarah kacukan, Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana, Rozita atau lebih mesra di sapa dengan panggilan Che Ta berkongsi dia kini lebih selesa bekerja di belakang tabir menerusi syarikat produksinya sendiri, Padusi Production.“Saya ingin membetulkan sedikit kenyataan saya yang dikeluarkan oleh sebuah majalah (bukan terbitan Kumpulan Media Karangkraf), yang mengatakan saya sudah meninggalkan dunia lakonan. “Saya tidak cakap mahu berhenti, tetapi saya sebenarnya sudah mula memperlahankan karier lakonannya. Sejujurnya saya sudah malas dan penat, apatah lagi sebelum ini kalau berlakon masa memang tidak menentu,” katanya kepada media ketika ditemui baru-baru ini. - Sinar