Ahad, April 26, 2015

Canang Babak Intim Pilot Cafe; Tarik Penonton Ke Pawagam?



Novel adaptasi ke filem karya Osman Ali bakal menjengan pawagam tidak lama lagi, minggu depan saja 30 April 2015.  Novel Pilot Cafe tulisan Ahadiat Akashah ni memang popular. In fact, Muz pun dah pernah baca. Kata orang membaca dan menonton masing-masinh membawa penghayatan yang berbeza. Dan memang betul pun. Yang peliknya sejak tayangan perdana dan rangka promosi perkara yang paling di-highlight-kan adalah babak intim yang terdapat dalam filem itu. Bermula dengan kenyataan Fahrin Ahmad yang malu lakonkan babak intim. Izara Aishah terpaksa lakonkan babak intim. Ditambah dengan Remy Ishak yang kata alam seperti ‘marah’ ketika lakonkan babak intim di celahan batu tepi pantai! Semuanya cakap tentang babak intim! Masa Muz baca novel ni, tak adalah pula nak over bayangkan babak intim segala ni. Dalam filem tak tahulah pula. Mungkin rangka promosi, atau teknik murahan nak tarik penonton ke pawagam. Biasalah adegan asmara, atas katil, shirtless dan sebagainya memang umpan panas nak pancing penonton ke pawagam. Tapi yang sebetulnya kita tak tahulah kan. Apapun, kalau nak tahu sama ada Pilot Cafe dapat lawan Ombak Rindu atau tak, just wait n see, okay! 30 April ini di pawagam seluruh Malaysia.

2 Komentar

Write Komentar
hana hadi
AUTHOR
26/4/15 1:26 PTG delete

nak tengok ke x ek.. nanti x tengok pecah panggung plak huhu

Reply
avatar