Penyanyi bersuara serak, Cakra Khan kini sudah mencipta nama popular.
Dia semakin diterima dan lagu-lagunya pun dapat perhatian peminat. Namun jauh di sudut hatinya pelantun lagu Harus Terpisah itu
menyimpan hasrat melanjutkan pengajian dalam jurusan muzik ke peringkat
yang lebih tinggi. Eropah menjadi sasaran amun sayangnya, keinginan pria
berusia 24 tahun itu masih tertunda. Dia
terpaksa menunda dahulu pengajian kerana banyak komitmen dalam kerjaya
serta tak mahu melanggar kontrak. Dia simpan dulu hasrat itu ke suatu
masa yang sesuai suatu hari nanti. Cakra kini berada di Malaysia untuk
memenuhi tuntutan kerja.