Khamis, April 16, 2015

Buka Saloon; Ziana Zain Beri Bayangan Perkara Besar Mei Depan!



Meskipun perjalanan seninya dilihat sepi seketika, namun sebenarnya dalam diam penyanyi Madah Berhelah ini sedang merencana satu yang besar buat dirinya. Setelah dirisik, rupa-rupanya Ziana baru sahaja membuka sebuah salon di Shah Alam namun ianya masih dalam proses pengubahsuaian.“Saya sibuk dengan show minggu kesetiausahaan, Insya-Allah ada benda besar yang akan terjadi Mei depan. “Saya baru buka salon bersama rakan kongsi saya, Hoges berdekatan Plaza Masalam, Shah Alam. Masih lagi baru beroperasi, masih renovation. Ada juga pelanggan yang datang. Selepas habis renovation saya akan jemput,” ujarnya. Dalam pada itu, Ziana yang ditemui Mynewshub pada majlis pelancaran buku 30 Living Legends Media Hiburan di Hotel Pullman, Bangsar baru-baru ini merupakan antara artis yang tersenarai dan diiktiraf dalam buku tersebut. - Mynewshub