Jumaat, April 10, 2015

Benjy Hadapi Pertuduhan Edar Dadah; Boleh Dihukum Mati Jika Sabit Kesalahan



Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau Benjy dan rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas kesalahan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat kira-kira 1.3 kilogram. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan kedua-duanya hanya mengangguk tanda faham sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 1,318.27 gram dalam sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak Caltex Jalan Pagoh-Muar kira-kira jam 1.40 pagi, 27 Mac lalu. Benjy dan rakannya didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbaya 1952. Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

1 Komentar:

Write Komentar
10/4/15 11:04 PG delete

kesian bila memikirkan arwah ibunya seniwati azean irdawaty yang berjuang untuk dia, tetapi seolah-olah dia sia-siakan sahaja...

Reply
avatar