Ahad, April 05, 2015

Bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim Meninggal Dunia



Bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meninggal dunia pada 1.45 pagi ini, menurut status terkini di laman Facebook dan Twitter Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.  Jenazah Datuk Ibrahim Abdul Rahman akan dibawa pulang ke rumahnya di Country Heights, Kajang dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Ramal, selepas Zohor. Catatan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab kematian. - Bernama