Khamis, April 16, 2015

Awal Ashaari Dedah Cerita Barang Dicuri Ketika Kemalangan



Pengacara Awal Ashaari mendedahkan beberapa barangan peribadinya hilang akibat dicuri ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya di Melaka pada 29 Mac lalu. Awal, 34 , berkata, antara barangan yang hilang termasuklah kasut yang dipakainya ketika itu. Dia juga tidak menyangka ada pihak tergamak berbuat demikian ketika orang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. "Saya tahu selalunya apabila berlakunya kemalangan, ada saja orang yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku terutamanya mencuri barang- barang mangsa. "Bagi saya itu tidak patut kerana mereka perlu menghulurkan bantuan. Saya juga mengalami nasib yang sama apabila beberapa barangan keperluan penggambaran milik saya diambil. “Peliknya kasut yang saya pakai pun boleh hilang. Mujurlah dompet saya tidak dicuri,”  katanya kepada mStar Online.