Rabu, April 15, 2015

Awal Ashaari Cari Pemandu Kereta!



Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang terlibat dalam kemalangan pada 29 Mac lalu akan mencari pemandu peribadi dalam masa terdekat kerana kondusi kesihatannya masih belum stabil. Awal, 34, berkata, dia dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya tidak memandu kenderaan buat sementara waktu sehinggalah kesihatan dia sembuh sepenuhnya."Saya mungkin akan mencari pemandu dalam masa terdekat supaya mudah untuk saya bergerak kemana-mana dan tidak menganggu sesiapa terutama isteri saya yang sibuk bekerja. "Buat masa sekarang doktor menasihatkan saya supaya tidak memandu dan saya masih mencari-cari pemandu yang sesuai bagi membantu saya bergerak membuat rawatan susulan," katanya kepada mStar Online.