Isnin, April 13, 2015

Astro Beku Zizan?


MISS J mendapat tahu pihak Astro sekarang ini telah 'memperlahankan' penampilan Zizan Razak di stesen itu. Atau dalam bahasa mudah Zizan khabarnya dibekukan untuk sementara waktu. Miss J pun risik-risik sebab dia dibekukan di stesen itu. Zizan juga kena menjelaskan dakwaan dia dibekukan oleh Astro buat sementara waktu. Sebagaimana yang diketahui ramai, Zizan mengacara banyak program di Astro tapi tiba-tiba macam sunyi saja tak nampak kelibat Zizan. Kadang-kadang pengacara popular macam Zizan tentulah penat dan mereka berehat. Ini pun membuatkan orang menganggap mereka kena beku. Sebab itulah kena jelaskan. - Utusan