Ahad, April 12, 2015

Artis Bengang Rekaan Baju Sama Disuruh Contohi Ning Baizura & Ziana Zain



Ini kisah seorang artis yang memakai baju rekaan yang cantik dan anggun daripada seorang pereka fesyen yang baru meningkat naik. Hendak dijadikan cerita rekaan itu lebih kurang sama dengan orang lain. Artis ini agak bengang kerana kenapa rekaannya itu sama dengan orang lain. Bila diamati rekaan tersebut, tidak ada persamaan cumanya bahagian tertentu yang lebih kurang sama. Warna dan rekaan pun berbeza. Seorang warna cerah seorang lagi warna garang. Tengok sekali imbas pun tidak nampak persamaannya. Artis ini janganlah cepat melatah. Cuba lihat artis senior seperti Ning Baizura, Ziana Zain dan Noryn Aziz yang baru membuat persembahan minggu setiausaha. Mereka memakai pakai dari pereka fesyen yang sama dan berkongsi pentas lagi. Walaupun rekaan sama, tetapi Rizman tahu bagaimana hendak bezakan pakaian bagi ketiga-tiga penyanyi hebat Malaysia ini. - Era

2 Komentar

Write Komentar
Cik Anis
AUTHOR
12/4/15 11:18 PG delete

Kan..jangan cepat melatah..
BW singgah sini.

Reply
avatar
12/4/15 2:44 PTG delete

Kekwat la dia..x kemana la klu mcm tu perangai nya...feeling..

Reply
avatar