Selasa, April 14, 2015

Anak Penawar Rita Rudaini Ketika Bergelumang Masalah Rumah Tangga



Pelakon, Rita Rudaini Mokhtar mengakui dia mengalami tekanan ketika berhadapan dengan masalah rumah tangga sepanjang lima tahun perkahwinannya bersama pemain bola, Aidil Zafuan Abd Razak. Menurutnya, bagi memulihkan keadaan itu, anak-anak merupakan satu-satunya penawar untuk mengembalikan semangatnya.“Saya juga bersemangat untuk membesarkan anak-anak,” katanya. Dia berkata, masalah rumah tangganya mendapat liputan meluas media selepas kes dibawa ke mahkamah. “Saya berasa tertekan, malu kepada masyarakat dan orang sekeliling,” katanya.- Sinar