Isnin, April 20, 2015

Amar Baharin Cedera Ditumbuk Pelakon Baharu



Pelakon Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening  akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad. Amar, 30, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung, dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka, seorang pelakon baharu bernama Redza. "Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit. "Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya kepada mStar online yang dihubungi pada petang Ahad.

1 Komentar:

Write Komentar
20/4/15 4:29 PTG delete

fuyyyooooo..jgn kena saman menyaman sudah ler
http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

Reply
avatar