Selasa, April 14, 2015

Amar Asyraf Minta RM50 Setiap Hari Daripada Isteri!



Pelakon Amar Asyraf memberitahu cara dia mengawal sikap boros  adalah dengan menyerahkan semua wang hasil pendapatan setiap bulan kepada isterinya.  Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 29, berkata, perkara tersebut dibuat bagi mengelakkan dia menghabiskan wang kepada sesuatu yang tidak penting. "Saya serahkan semua duit pendapatan bulanan kepada isteri untuk dia uruskan perbelanjaan setiap bulan dan saya hanya minta duit poket RM50 setiap hari. "Dengan cara itu duit saya lebih terkawal dan tahu ke mana perginya. Saya seorang yang boros dan senang berbelanja dengan perkara yang tidak sepatutnya," ujarnya kepada mStar Online selepas majlis Santai Bersama Bintang Anugerah Tribute P.Ramlee, di Paradigm Mall, Ahad. 

3 Komentar

Write Komentar
14/4/15 3:50 PTG delete

lama tak lihat amar asyraf ni berlakon rasanya..ke akak yang tak tengok tv...ekekekeke...

Reply
avatar