Khamis, April 30, 2015

Almy Nadia Nekad Kurus; Tak Nak Kena Kutuk Sebab Badan Besar!



Almy yang dihubungi BH Online semalam mengakui sedang bekerja keras untuk menurunkan berat badan asal. Biarpun Fizz tidak kisah bagaimana keadaan fizikal isterinya, Almy nekad mahu kurus semula. "Saya mengandung dulu memang berat badan naik mendadak. Memang 'over weight'. Jadi nak turunkan ke berat asal itu memang sukar. "Tapi saya tetap nak kurus balik. Saya tak nak kena kutuk disebabkan badan besar. Ketika ini saya memang tak berlakon dan sibuk jaga anak selain nak kecilkan badan. "Saya lebih menjaga pemakanan dan senaman. Saya buat senaman yang asas sahaja seperti melakukan squat, plank dan lompatan bintang. Mengemas rumah pun saya kira sebagai ruang untuk kasi badan berpeluh," katanya. - BH