Khamis, April 23, 2015

Aiman Hakim Ridza Tolak Tawaran Berlakon Filem Kerana Skrip Tak Bagus!



Pelakon Aiman Hakim terpaksa menolak tawaran berlakon filem yang diberikan kepadanya kerana skrip yang dihasilkan tidak berkualiti. Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza, 25, berkata, dia kecewa kerana skrip yang diberikan bukan sahaja tidak bagus sebaliknya tidak menepati cita rasanya. "Buat masa sekarang saya ada menerima beberapa skrip filem tetapi saya masih lagi melihat skirp yang benar-benar bagus untuk sesebuah filem,” katanya kepada mStar Online.