Selasa, April 07, 2015

ABPBH; Salahkah Undi Diri Sendiri?



Kecoh dalam industri sejak berakhirnya ABPBH 2014 semalam dua. Baik dalam kalangan pemerhati, pengkritik, mahupun penonton malah dalam kalangan selebriti sendiri. Sehinggakan ada selebriti secara terang-terangan menyindir kemenangan sesetengah pemenang kategori dan keseluruhan di ABPBH 2014 yang berlangsung pada Ahad lepas. Ada yang tweet nak beli 300000 naskhah Berita Harian untuk undi rakan artisnya. Ada pula yang terus-terang mengeluarkan kenyataan pertikai kemenangan seorang pelakon lelaki. Malah, pemerhati dan pengkritik dunia seni tak ketinggalan menulis komentar dalam laman sosial.

Bagi pandangan PERIBADI, salahkah kalau artis itu undi diri sendiri sekalipun? Kalau ikutkan memang wujud pun artis sama ada penyanyi, pelakon atau pelawak yang syok sendiri, jadi kalau timbul undi diri sendiri biarlah dekat dia sebab dia nak undi diri dia sendiri. Muz tak nampak mana salahnya. Biasa kita lihat artis dan kelab peminat buat banner, tweet, retweet, repost dan macam-macam kempen untuk undi, tapi cara itu belum tentu 100% dapat pulangan, iaitu pangkah nama selebriti berkenaan, langkah paling selamat, beli dan undi sendiri, sah-sah tahu nama sendiri dipangkah dan dihantar dengan selamat kepada penganjur. Bagi Muz itu adalah PELABURAN. In fact, tak ada pun syarat kata tak boleh undi diri sendiri.  Kalau cakap bakat tak hebat atau berkualiti, kena ingat, yang ini anugerah kepopularan. Kalau nak menafikan popular atau tak, mungkin penganjur perlu ubah suai syarat senarai awal pencalonan, Yang sebelum ni yang Muz tahu sekadar ada produk sepanjang tempoh setahun dalam dunia seni, mungkin lepas ni BH kena letak syarat yang dicalonkan awal itu kena ada followers minimum 1 Juta di Instagram, drama lakonannya mesti ditayangkan dalam Slot Akasia dan lain-lain seangkatannya!

Well, mungkin ada yang membaca entry ini akan rasa menyampah. Terus-terang, yang menang ABPBH baru-baru ni memang majoriti lari daripada anggapan Muz. But buat apa Muz nak menyalak, because memang Muz tak sedekah undi pun, sekadar promo di blog dan IG saja. Jadi kalau nak artis anda menang usahalah ya. Muz ingat lagi time Muzik Muzik sekolah rendah dulu, gigih minta kawan sedekah nombor IC sebab nak guna untuk undi lagu Ziana Zain, dan banyak lagu Ziana bertahan lama dalam carta, ada sekali tu jatuh, next weekya naik mendadak! Orang kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan! Tak berdosa pun undi diri sendiri, sebab nak tunggu orang undi mungkin sampai kertu pun si polan bin si polan tak merasa pegang anugerah ABPBH! Sekian!