Isnin, April 13, 2015

Aaron Aziz Duta Program Realiti R U Tough Enough



Saluran KIX HD ( Astro 729) berganding dengan kumpulan Astro bagi melancarkan musim baru program realiti R U Tough Enough? (RUTE) untuk mencari peserta yang paling gagah di Malaysia. Kali ini, Aaron pula diberi kepercayaan selaku duta program ini. Secara peribadi, Aaron mengakui dirinya sangat teruja untuk menjayakan program yang menguji ketahanan minda dan fizikal berkenaan. “Terus terang, jiwa saya sangat sebati dengan aktiviti lasak, sejak dulu. Justeru, saya juga tidak berfikir dua kali bila ditawarkan peluang untuk buat program ini walaupun agenda seni cukup padat. “Saya yakin negara kita mempunyai ramai peserta yang kuat dan lasak serta mampu menyahut cabaran dalam program ini. Kegagahan bukan saja terhad kepada kekuatan fizikal tetapi merangkumi keupayaan fokus, kecekalan dan ketabahan. “Selaku hos, saya berharap, kami akan dapat menemui peserta yang memberi inspirasi kepada kita semua untuk lebih tabah berdepan dengan cabaran dalam kehidupan,” katanya. - Metro