Melahirkan zuriat kedua bersama aktor Norman Hakim pada tanggal 8 April lalu, pelakon Memey Suhaiza kini sedang menjalani proses berpantang dijaga oleh ibu dan ibu mertuanya. Masih merahsiakan nama putera kedua mereka, bagaimanapun Norman Hakim telah memberi klu permulaan dan pengakhiran nama anak kelimanya itu, iaitu bermula dengan huruf D dan akhirnya Z, sama seperti nama Mohamad Darwisz Hakim, anak sulung pasangan romantis ini. Begitupun, nama putera ini akan didedahkan kepada umum selepas cukup 7 hari kelahiran. Buat masa ini, jom tengok wajah bayi lelaki comel ni!
1 Komentar:
Write KomentarAllahuakbar, comelnya dia...
Reply