Selasa, Mac 31, 2015

Anak Che Ta & Zain Artis Termuda Sertai LOL Entertainment



Anak selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lima bulan menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment. Malah bayi popular kegilaan ramai itu menjadi artis termuda menaungi syarikat pengurusan popular yang sudah lima tahun beroperasi. Bahkan Zain turut membuat keputusan untuk bersama pengurusan LOL yang dimiliki Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi sejak awal tahun ini.