Jumaat, November 14, 2014

Puteri Balqis Tercalon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Award 2014



Baru saja memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 di TV3 baru baru ini, Puteri Balqis menerusi drama yang membawa kejayaan sulung kepadanya iaitu Balqis turut dicalonkan di peringkat Asia. Sebentar tadi, BH Online dimaklumkan si genit berusia tujuh tahun itu dicalonkan untuk Asian Television Award 2014 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik yang akan diadakan di Singapura 11 Disember depan. Balqis berentap dengan lima calon lagi. Ternyata drama yang diarahkan sutradara Erma Fatima serta bersiaran di TV3 itu membawa tuah kepadanya. - BH