Selasa, April 15, 2014

Ada Pihak Tuduh Ustaz Don Daniyal Sebar Hadis Palsu & Penyelewengan


Terkejut beruk Muz baca cerita ni. Terus masuk dalam wall Facebook si pembawa khabar. Kemudian, kisah ini dikongsi pula selebriti terkenal Wardina Safiyyah yang memohon para ulama, mufti dan ustaz untuk menyemak kembali isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal. Bagi Muz yang cetek ilmu agamanya berbanding mereka yang sufi, setiap kali mendengar ceramah Ustaz Don Daniyal di dalam program 30Minit Ustaz Don Daniyal, tidak pernah pula terdengar apa-apa yang keluar daripada mulut ustaz sebagai sesuatu yang membawa mudarat, melainkan yang baik-baik sahaja. Berkaitan hadis palsu dan sebagainya, Muz bukanlah orang yang tepat untuk memberikan komentar. Semoga ada penjelasan tentang isu ini.