Ahad, Disember 01, 2013

Putera William Berang Rambut Kate Beruban!



Liputan  meluas oleh media di Britain mengenai rambut Kate Middleton yang beruban telah menimbulkan kemarahan kepada suaminya, Putera William. Menurut laporan Showbizspy, William berang apabila media di negara itu memperbesar-besarkan isu berkenaan sehingga menjadi bualan orang ramai. "William berang apabila media memaparkan hal negatif tentang isterinya dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang bertanggungjawab menyebarkan berita tersebut," kata sumber terdekat pasangan itu. Terdahulu, rambut Kate dikatakan mengalami masalah akibat rawatan jenis 'balayage' yang dilakukannya. – mStar Online