Khamis, Disember 19, 2013

Bidadari Syurga Mimbar Pencetus Ummah


Malam ini, langit hitam bersinar dengan bintang-bintang yang tersenyum. Seolah-olah menyapa aku dengan kuntuman salam. Rasa tenang jiwa. Dibuai damai oleh hati. Pabila mata menyapa dakwah. Dan tatkala telinga dibuai khutbah. Mimbar Pencetus Ummah. Berdiri gagah atas pelantara dakwah. Menyebar inti akidah. Mengajak rohani kepada Pencipta. Malam ini mimbar menghadirkan bidadari. Perantaranya para pencetus ummah, khalifah di buana. Ada kisah Maryam. Ada cerita Masyitah. Ada hikayat Balqis. Ada rentetan Asiah. Ada kupasan Khadijah. Betapa luluhnya kekerasan di tembok hati. Pabila suara-suara syurga itu memadahkan sejarah hakiki. Tentang pengorbanan wanita yang bernama isteri. Tentang kecekalan wanita yang bergelar ummi. Tentang kehebatan wanita mempertahankan kalimat suci. Lailahaillahlah.  Sungguh, malam ini aku bertemankan bidadari syurga yang kisahnya terpahat di jiwa, di kendong selama mana hayat bersisa...

6 Komentar

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
20/12/13 10:46 PG delete

Sungguh! Tiada banyak dipohon oleh kami.. hanyalah secebis pengertian dan tulus menyayangi dan melorongi ke Jannah. Andai semua Adam mampu, kamilah Hawa yang paling bertuah untuk terus ikhlas berkhidmat sebagai anak, isteri dan ibu buat Adam yang kami cintai!
TQ Muz!

Reply
avatar
Ahmad Zaki
AUTHOR
20/12/13 12:25 PTG delete

Semoga hidup diberkati. =)

ZH Blogger

Reply
avatar
bella luna
AUTHOR
20/12/13 4:52 PTG delete

best ke episod smalam ? bella tak dpt tengok.. urmm =(

Reply
avatar
20/12/13 8:40 PTG delete

@Tanpa Nama Well said. My pleasure. Thanks for reading ;)

Reply
avatar
20/12/13 8:40 PTG delete

@bella luna Best, tema dia fasal Bidadari Syurga...

Reply
avatar