Sabtu, November 30, 2013

Cerpen: Suamiku Abang Sexy!



Farisha diam di hadapan meja solek. Tudung Fareeda di kepala dibetulkan. Dia memang obses dengan tudung itu. Tak kisahlah orang kata tudung tu mahallah. Tak berbaloilah. Macam ais krim Paddle Pop lah. Apalah... Yang penting dia mampu dan menutup aurat mengikut syarak.

Solekan pada wajah dikemaskan. Lip gloss dioleskan pada bibir. Biar nampak lembap. Bukan nak bagi orang yang tengok jadi ghairah. Sekadar nak memantapkan wajah bagi berseri dan bertenaga. Maklumlah nak pergi temuduga. Elok-elok kerja dekat OOTB Creative dekat Penang dulu, pergi letak jawatan. Itu semua Faliq Zaquan punya fasal.

Ah, lelaki itu! Lepas apa yang berlaku time raya hari tu, semua dah terbalik. Dia dah jadi Farisha yang dulu. Penat saja berlakon pengsan bila tiga lelaki yang boleh buat hati dia rasa something wrong somewhere ada depan mata dalam satu masa yang sama. Kalau hari tu ada tiga lelaki yang macam nak ngorat dia, sekarang semua tu jadi kenangan sajalah. Tapi actually dua orang saja, Faliq dengan Faisal.  Abang Amran Zahrain tu mai kacau daun saja.

Mai mana pula Amran Zahrain? Abang Amran ni serupa first love Farisha la. Hari-hari jumpa. Main sama-sama, jadi dalam hati memanglah ada rupa Abang Amran yang bagi Farisha sexy. Tapi bila Abang Amran further study semua dah kena full stop. Makan hatilah Farisha sebab syok sendiri. Alih-alih bila Abang Amran datang rumah  nenek untuk raya hari tu, benda pertama yang naik dalam kepala Farisha, kononnya Abang Amran nak lamar dia.  Ala, macam dalam drama televisyen. Hero tak sedar cintakan heroin. Bila dah jauh, baru rasa sesuatu. Kemudian hero datang cari heroin. Dan heroin pun terima hero balik, walaupun dia pernah kecewa sekejap. Kemudian kahwin. Dapat anak kembar pula tu. Then, hidup bahagia sampai mati la rasanya, sebab jarang pengarah ambil cerita sampai habis segala-galanya kan?

Rupanya Farisha silap. Abang Amran datang siap bawa isteri dia lagi. Isteri dia pun ada sekali dekat rumah nenek. Buat malu saja dia buat-buat pengsan. Faisal yang sedar semua macam kelam-kabut tu dah buat spekulasi sendiri. Lepas daripada hari tu tak pernah nak contact. Ya, la! Faisal tu kan jenis gentleman. Takkan nak rebut perempuan daripada lelaki lain kot. Tapi, Farisha bukan milik siapa-siapa lagi. Apapun, Farisha terpaksa terima hakikat yang Faisal dah macam tak nak kawan dengan dia. Dia nampak macam perempuan tak baik ke kalau ada lebih daripada satu lelaki yang nak tackle dia? Lagipun, kalau ikutkan hati jujurnya memanglah dia pun tertarik lebih daripada satu. Tapi tak salahkan. Bukan kahwin lagi pun.

Serupa pergi Kentucky Fried Chicken juga. Pergi tu nak beli ayam goreng  perasa spicy. Tapi dalam masa yang sama teringin juga nak rasa Zinger Burger. Sekejap pula nak makan Cheesy Wedges. Habis tu, last-last ambil ayam goreng perasa original sebab yang spicy habis. Macam tu juga dengan kehidupan. Dia memang suka Abang Amran. Abang Amran hilang dia jumpa Faliq. Walaupun mulanya tak suka tapi lama-lama dah mesra. Kemudian, tiba-tiba Faisal datang. Bila serabut nak buat pilihan tengok-tengok semua dah hilang. Sekali dengan Faliq pun lesap. Kalau kisah KFC tadi adalah juga dapat ayam original recipe. Tapi dia, satu apapun tak ada! Fuh, sentap okay!

Farisha tengok jam di pergelangan tangan. Hampir pukul 9.00 pagi. Temuduga dia dijadualkan pada pukul 11.00 pagi. Kali inipun masih lagi ke syarikat kreatif. Sudah itu jiwanya. Bereksperimentasi dengan design. Kalau pelanggan berpuas hati, dia memang suka. Dan puas tentunya. Sebab rekaannya dapat menggembirakan orang lain. Lalu melihat kegembiraan insan lain itu membuatkan dia bahagia. Ah, Farisha! Selalu sangat fikirkan tentang orang lain. Hati sendiri bagaimana? Tak mengapalah, kalau kita ikhlas menjaga hati orang lain, InsyaAllah Tuhan akan menjaga hati kita.

Tidak mahu membuang masa dengan mengingatkan perkara-perkara lalu, Farisha pantas mengambil dokumen dan beg tangan Prada miliknya menuju ke tingkat bawah. Dia ke ruang tamu untuk meletakkan barangannya itu di atas sofa sebelum menjenguk ke dapur. Mak Temah, pembantu rumah di banglo itu tersenyum manis kepadanya.

“Mama, mana Mak Temah?” Tanya Farisha seraya melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang elok tersorong di bawah meja makan kecil di ruang dapur yang sederhana luas itu.

“Mama kamu awal pagi lagi dah keluar. Katanya hari ini ada majlis penting dekat rumah anak yatim Sri Penyayang. Macam kamu tak tahu. Mama kamu tu kalau bab kebajikan mesti nak jadi orang nombor satu yang nak pergi. Mak Temah pun kagum dengan dia. Walaupun ada pangkat Datin tapi memang tak pernah nak bongkak atau menunjuk. Untung kamu dapat mama macam tu, Sha.” Panjang pula Mak Temah bercakap pagi tu.

Sambil  bercakap tu, tangan Mak Temah lincah membancuh nescafe kegemaran Farisha. Sudah lama berkhidmat di rumah mewah itu, membuatkan Mak Temah sudah maklum makanan dan minuman kegemaran setiap insan yang mendiami rumah itu.

Farisha pula memang tak payah nak dilayan. Dia sendiri sudah menyendukkan mihun goreng yang sedia terhidang di dalam mangkuk kaca di atas meja makan. Dia bukannya anak raja atau puteri kayangan sampaikan perlu disendukkan makanan bagai. Memanglah ada pembantu rumah. Tetapi siapa kata pembantu rumah itu hamba? Sesuka hati nak mengarah. Hamba pun ada perasaan tau.  Cuba kalau orang lain buat kita macam tu. Suka tak? Mesti tak suka. Kalau suka tu, alamat wayar dekat kepala dah putuslah tu.

Selesai menjamah makanan, Farisha meminta diri. Mazda 6 miliknya itu dipandu teratur. Tak perlu tergesa-gesa sangat sebab masih ada masa. Rumah milik mama dan papanya itu terletak di kawasan Sri Kembangan. Temu duga yang perlu dia hadiri pula  di Mid Valley Megamall. Pelik pula Farisha rasa, bila pergi inteview di pusat beli-belah. Tak pernah-pernah dibuat orang. Tapi itulah hakikat. Sudah itu yang dibaca dalam e-mail yang diterima. Asalnya dia memang memohon secara atas talian di dalam laman web utama milik syarikat itu, Spirit Of Design. Nama pun dah menarik. Itu yang membuatkan Farisha nak mencuba.

Elok sahaja keretanya meluncur di atas jalan raya, sebelum tiba-tiba dia rasa seolah-olah hilang kawalan. Tayar Mazda 6 merah miliknya itu berdecit. Farisha sudah pegang kepala dengan tangan kanannya. Habis dia. Tentu tayar pancit. Farisha pantas keluar dan memerhatikan tayar hadapan sebelah penumpang. Memang sah. Aduhai, nak suruh dia bawa kereta, dia tahulah. Itupun kalau auto. Kalau manual, entahkan sampai atau tidak. Ini dah pancit ni siapa nak ganti? Kalau buat muka kasihan ada tak yang nak tolong. Oh My God! Farisha, ini bukan Penang. Ini KL. Semua orang dengan hal sendiri-sendiri. Tak ada siapa yang nak kisah pun. Kalau ada pun mungkin mat Bangla. Itupun bukan nak selesai masalah nak serabutkan kepala adalah. Mana tak serabut. Asyik-asyik, adik manis.  Takda adik lain ke?

Farisha memerhatikan sekeliling. Memang tepat sangkaannya. Tak ada sesiapapun yang serupa kisah akan dia. Seolah-olah Farisha itu halimunan dan tak wujud di seberang jalan itu. Memanglah ada tayar spare dekat bonet belakang. Masalahnya Farisha tak tahu tukar. Kalau tahu sekalipun, tak sesuailah dengan pakaian pejabat yang high class dan tumit tinggi bagai nak duduk mencangkung tukar tayar kereta. Tak diva okay!

Farisha tengok jam di pergelangan tangan. Jam sudah hampir 10 pagi. Tak boleh jadi ni. Takkanlah nak pergi temu duga pun lewat. Sah, sebelum tengok resume akan kena tendang. Tiba-tiba, Farisha dengar satu bunyi. Bunyi macam kereta api break. Dekat mana dia sekarang ni. Hah, sebelah kiri dia ada stesen Komuter Serdang. Tak jauh manapun. Depan tu saja. Kenapa dia boleh tak perasan. Huh, bagus juga Mazda ni. Tak adalah kejam sangat dekat tuan dia.

Farisha membuka pintu kereta dan mengambil beg tangan Prada juga fail yang terisi maklumat-maklumat peribadinya. Dia kena cepat. Baru sekejap tadi train menghala ke arah Kajang. Tak lama lagi pasti akan sampai menghala Mid Valley. Selepas mengunci keretanya dan dibiarkan di seberang jalan itu, Farisha pantas menghayun langkah ke kaunter stesen Komuter Serdang. Dengan jalan berturap tar dan tumit tingginya, membataskan betul langkah-langkah yang diatur. Karang dipaksa jalan laju-laju, tak fasal-fasal dia buat free show tergolek atas jalan pula. Tak sanggup. Tak sanggup. Lainlah kalau yang sambut tu, Aaron Aziz ke. Ish suami oranglah! Hurmm, Fahrin Ahmad ke. Tersengih pula Farisha. Sekejap aja. Kemudian dia tutup mulut. Tengok kiri dan kanan. Takut orang cop dia gila pula. Habis tu? Jalan sandang beg dan kepit fail tengah pagi yang dah tak berapa nak pagi sebab panas terik lepas tu siap boleh senyum gatal seorang-seorang, nak dikata apa lagi? Takkan diva pula kot!

Sampai di kaunter, Farisha melepaskan nafas dengan kasar. Sudahlah penat, ramai pula yang beratur. Kaunter yang ada, sebenarnya dua. Tetapi yang beroperasi cuma satu. Satu lagi diletakkan papan tanda segi tiga dengan kata ‘sila ke kaunter sebelah’. Menyampah pula Farisha baca ayat itu. Terpaksalah dia beratur panjang. Nak beli dari mesin, dia tak cukup duit syiling. Lagipun, dia dah serik.

Dulu pernah sekali dia naik komuter. Kononnya mesti sesak nak pergi PWTC untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kalau naik kereta sendiri. Bila sampai di stesen komuter, bukan main ramai lagi umat manusia. Panjang benar beraturnya nak beli tiket di kaunter. Sudahlah hari Sabtu. Makhluk asing yang menumpang cari rezeki dekat tanah air yang aman damai ni pun pakat keluar berlibur. Lenguh kaki dia berbaris, dia tinggalkan baris pergi menunggu di mesin pula. Bila sampai giliran, memang hampagas betul! Tak nak terima wang yang dimasukkan pula. Tengok orang belakang. Orang belakang tiba-tiba jadi juling dok bilang sawang dekat siling. Terpaksalah dia beratur semula. Jadinya, dia dah black list mesin yang tak mahu beri kerjasama tu.

Sampai di kaunter yang jaganya, lelaki. Ehem, boleh tahan handsome. Farisha pun dengan lagak ayunya mengerdipkan mata beberapa kali. Almaklumlah, usia semakin lanjut. Tak mahu jadi andalusia. Oh no, nampak desperate yang amat!

“Mid Valley satu.” Pinta Farisha. Lembutnya suara mengalahkan ais krim magnum yang cair dalam mulut.

“Mid Valley takde jual sini la akak, tiket adalah.” Sengal pula mamat tu menjawab. Paling sakit hati, akak! Farisha sentap. Tak tua lagilah. Penat aku sapu Safi Rania Gold tiap-tiap malam tau!

Farisha ambil tiket dengan pantas. Sakit hati saja tengok mamat itu senyum semacam. Macam nak perli saja. Nasib mamat tu duduk dalam kaunter. Kalau tidak, Farisha nak saja hempuk dia dengan beg tangan Prada dia tu. Biar benjol sikit dekat dahi. Perasan handsome sangatlah tu. Eh, bukan tadi aku yang cakap dia handsome ke? Ish, boleh tahan sajalah!

Lif yang ada untuk ruang menunggu di sebelah sana rosak. Aduhai, sabar sajalah. Farisha terpaksa memanjat anak tangga. Sudahlah tinggi. Mengah dibuatnya. Habislah berpeluh badan dia. Entah bau apa yang penemuduga tu dapat hidu nanti. Jangan pengsan sudah. Karang esoknya keluar Kosmo! ‘Penemuduga Pengsan Gara-Gara Bau Calon Temuduga’. Kalau keluar headline macam tu, yang sure sekali mesti Farisha yang akan jatuh pengsan dulu.

Baru separuh jalan dia mendaki. Dah ada bunyi train. Bila tengok train tu menuju ke arah yang hendak Farisha pergi. Farisha cepat-cepat mendaki lagi. Dengan pakai macam tu, mustahil dia dapat melangkau dua anak tangga sekali. Bila sampai di atas jejantas yang rata dia mula berlari. Train dekat bawah dah berhenti. Orang yang nak keluar dah keluar. Yang nak masuk pun dah berhimpit. Berebut-rebut naik komuter mungkin dah jadi adat walaupun  koc dah ditambah.

Baru dia terkial-kial nak turun, train dah jalan. Farisha terkaku di anak tangga yang ke berapa entah, dia tak sempat nak kira. Macam nak menangis pun ada. Tapi tak guna kot. Bila ada Faisal dan Fariq macam berebutkan dia dan kemudian dua-dua lelaki itu lesap macam tu saja pun dia tak menangis. Inikan pula sebab terlepas train.

Farisha mula turun perlahan-lahan. Satu demi satu anak tangga dituruni. Hentakan tumit tinggi kakinya jelas kedengaran. Dah ruang menunggu kosong. Semua dah masuk dalam train. Kecuali dia saja yang terlepas. Maka sunyilah sedikit tempat tu. Walaupun tak sunyi sangatlah sebab dekat belakang dah ada mat-mat luar negara yang dah mula jalan sambil pot pet dalam bahasa yang tidak difahami menuju ke tempat yang sama.

Tunggu tak sampai 15 minit, muncullah satu lagi train. Farisha mengeluh lega. Jam sudah menunjukkan 10.30 minit pagi. Bermakna ada setengah jam lagi. Dari stesen Serdang ke stesen Mid Valley tak adalah lama sangat. Farisha pun masuk ke dalam koc apabila train berhenti. Hujung minggu macam ni berapa kali train datang pun mesti sesak dengan manusia. Farisha pun tak tahu apa yang best sangat keluar pada hujung minggu. Bikin serabut ada lah.

Ada satu tempat duduk di sebelah tingkap. At least ada juga benda yang elok sikit dalam hidup Farisha pada pagi tu. Dia duduk sekejap. Tak lama pun. Sekejap saja. Bila sampai dekat stesen Bandar Tasik Selatan, berdesup orang ramai serbu masuk dalam train. Boleh sesak nafas. Dalam rami-ramai tu ada seorang ibu mengandung. Siap pimpin anak kecil lagi. Kesian pula Farisha tengok. Berdiri saja perempuan tu macam tunggul. Tak ada sesiapa nak bagi tempat duduk. Last-last, Farisha bangun dan menjerit sedikit panggil wanita tu untuk duduk di tempatnya. Memang jauh sedikit jarak antara tempat duduk Farisha dan perempuan itu berdiri. Tapi tak adalah jauh sampai koc yang lain-lain. Selang dua tiga baris tempat duduk. Mulanya wanita itu menolak, tapi Farisha berkeras. Biar terasa orang lain terutama yang duduk berdekatan dengan tempat wanita itu berdiri tadi. Tak ada kesedaran sivik betul. Penat saja orang buat iklan panggil Adlin berlakon, tak berkesan-kesan juga.

Berdiri sekejap saja, stesen Mid Valley dah sampai. Berebutlah orang-orang dalam train tu turun. Oh, nak pergi shopping mall la semua ni.  Malas nak ambil tahu sangat fasal orang lain Farisha mempercepatkan langkah. Selesai keluar dari stesen komuter itu dia melangkah ke dalam Mid Valley. Mid Valley memang dihubungkan langsung dengan stesen komuter itu. Tak perlu nak lintas jalan ke apa, terus keluar dari train kemudian boleh masuk dalam shopping complex.

Sebab itulah pengangkutan awam ni dari satu sudutnya mudah. Tak perlu nak cari tempat parkir. Tak perlu nak spend duit untuk bayar duit parkir. Tak perlu nak khuatirkan keselamatan kenderaan. Tapi sayangnya bukan semua yang baik-baik saja yang ada pada penggunaan pengangkutan awam ini. Kalau tak pandai jaga diri mesti jadi mangsa seluk saku, lebih-lebih lagi kalau naik komuter dan LRT. Setakat ni tak pernah jadi dekat Farisha la. Mintak simpang empat puluh empat malaikat!

Farisha sampai di tingkat dua. Kalau ikutkan seperti alamat yang diberitahu menerusi e-mail miliknya itu memang di aras itulah Spirit Of Design terletak.  Sempat lagi melihat jam di tangannya. Sudah 10.48 minit pagi. Aduhai, dah agak lambat tapi masih belum terlewat. Pantas dia ke direktori aras itu. Melihatkan lokasi Spirit Of Design dia pantas menuju ke sana dengan tergesa-gesa.

Apabila sampai, dia disambut oleh seorang gadis manis. Barangkali penyambut tetamu. Dalam hati Farisha hanya berdoa agar dia tidak terlalu terlewat untuk melapor diri menghadiri temu duga itu. Kadang-kadang di sesetengah  tempat memang agak cerewet dan ketat sikit peraturannya.

Farisha menunjukkan surat tawaran temu duga yang dia cetak daripada akaun e-mail miliknya. Melihatkan surat itu, gadis manis itu membawanya ke sebuah ruangan. Lebih kurang macam ruang legar di hadapan sebuah bilik. Ada dua tiga orang lagi yang duduk di situ. Rasanya pesaing dia juga kot. Tapi tak pasti pula dah di temu duga atau belum. Farisha memberikan sekuntum senyuman kepada gadis di sebelahnya. Tetapi yang dia dapat hanya riak wajah yang tak ada rasa apa-apa. Rasa macam nak hempuk pun ada. Tetapi disabarkan saja hatinya. Dia datang untuk jawatan Pereka Hiasan Dalaman bukan untuk posisi bodyguard!

“Cik Farisha, dipersilakan masuk.” Gadis manis tadi bersuara. Tak perasan pula bila dia datang sebab Farisha duduk layan perasaan. Perempuan yang berlagak bagus tadi macam terkejut saja. Ya, la. Dia yang datang dulu. Alih-alih Farisha yang dipanggil masuk.

Farisha bangun. Dengan gaya penuh diva dia melangkah. Sempat lagi dia memandang perempuan tadi. Sengaja dia buat muka berlagak. Dia senyum sinis di hujung bibir. Biar padan dengan muka perempuan tadi. Orang senyum elok-elok engkau nak buat kerek sangat kan. Sekarang ambik engkau.

Jawaban dari dalam bilik membuatkan Farisha melangkah masuk. Sebelumnya tadi dia sudah mengetuk pintu bilik. Masuk sahaja, mata dia dah terpegun. Cantik betul bilik itu. Paduan warna, perabot, aksesori, kertas dinding. Wow! Hebat. Memang sah-sah kena hebat sebab syarikat itu sendiri merupakan pengendali rekaan hiasan  dalaman.

Pada awalnya Farisha ingat nak bagi salam. Tapi disebabkan penemuduga dia tu sedang duduk membelakangkan dirinya, jadi dia tak pasti sama ada penemuduga tu Islam atau tidak. Sudahnya dia ucap dalam Bahasa Inggeris saja.

“Good Morning, Sir.” Yakin sahaja suara Farisha kedengaran.

Morning. Please, take your seat.” Jawab suara garau lelaki itu.

Farisha duduk. Penemuduga itu pula tetap dalam posisi yang sama. Di tangan lelaki itu ada fail peribadi yang menyimpan dokumen-dokumen yang berkaitan dan diperlukan untuk urusan temuduga itu. Gadis yang menyambutnya di awal tadi sudah sedia dulu mengambil fail itu untuk diserahkan kepada penemuduga.

Introduce yourself, please. Oh ya, in Malay.” Lelaki itu meminta.

Farisha rasa jengkel pula. Diri sendiri cakap bahasa orang putih lepas tu request orang nak cakap dalam Bahasa Melayu. Ingat dia ni jenis Melayu yang makan belacan tapi rambut oren dan mata biru ke?

Sepatah demi sepatah dia susun. Ayat demi ayat meluncur pantas daripada bibirnya. Yakin dan penuh karisma. Sedang dia bercakap, lelaki itu bangun. Farisha tak berapa nak sedar sebab khusyuk mempromosikan diri. Bila lelaki itu dah mula berjalan ke arah belakangnya baru dia mula perasan. Habis tu takkanlah dia pun nak ikut pusing belakang. Tak ke pelik.

“Tahu masak tak?” Suara lelaki itu bergema lagi.

Farisha pelik. Apakah bendanya tanya soalan macam ni.

“Tahu.” Farisha jawab juga.

“Pandai kemas rumah tak?” Tanya lelaki itu lagi.

“Tak ada masalah.” Farisha tetap jawab. Sangkaannya ini mesti soalan tricky. Sambil menjawab dia cuba perah akalnya berfikir soalan-soalan yang tak berapa rasional dengan prospek kerja yang dipohon itu. Mana tau ada kaitan kan?

“Suka baby tak? Lelaki itu sudah membongkok di belakangnya. Sebelah tangan lelaki itu  sudah mendarat di pemegang kerusi yang diduduki Farisha.

Farisha telan liur. Rasa semacam. Bulu roma dah meremang. Pepper spray terlupa bawa pula hari ni. Tiba-tiba dia rasa terancam. Kalau dia jerit, agak-agak orang dekat luar dengar tak. Tapi kalau dia jerit, lepas tu orang kata dia yang reka cerita macam mana? Maklumlah dia orang baru. Lelaki ini barangkali tentu ada pengaruh dekat Spirit Of Design. Kalau tidak tak jadi penemudugalah jawabnya.

“Ehem, saya rasa soalan tu macam tak kena saja, Encik.” Farisha memberanikan diri mempersoal soalan tentang bayi itu. Rasa macam tak logik saja.

“Jawab saja, awak...” Suara lelaki itu seperti membisik sahaja di telinganya.

Berderau darah Farisha. Bulu tengkuk dah meremang semacam.

“Suka, suka!” Spontan mulutnya menjawab. Kalut dan takut. Mulut pula terlepas cakap.

“Macam tu lah yang saya nak dengar.” Spontan lelaki itu memusingkan kerusi yang diduduki Farisha.

Terkejut Farisha dibuatnya sampaikan terjerit kecil.

Pantas pula lelaki itu menutup mulut Farisha dengan jemari tangan kanannya yang kasar.

Terbuntang mata Farisha. Lebih memeranjatkan bila dia tengok wajah itu. Wajah itu. Mana boleh dia lupa!

“Kenapa sayang? Terkejut?” Lelaki itu sudah mula menjarakkan tangannya dari mulut Farisha.

Suara Farisha masih lagi hilang. Entahkan tersekat dekat kerongkong atau tersepit dekat glotis.

Why babe? You nampak macam shocked je? I nampak lagi hensem dari dulu eh? Did I look sexy?” Lelaki itu masih mahu mengasak dengan nakal. Suara husky lelaki itu boleh buat Farisha tumbang!

Erk, macam mana awak dekat sini.” Farisha tergagap-gagap. Tadi bukan main lagi yakin mengatur bicara. Mahunya tak terkejut beruk jumpa lelaki itu dekat sini. Yes, it’s him. Faliq Zaquan.

For your information, this company my father yang punya.” Faliq kenyit mata.

So, welcome to Spirit Of Design!” Faliq menghulurkan tangan.

Dalam pada bingung-bingung tu, Farisha hanya memandang pelik. Keliru. Serabut. Macam-macam tanda tanya. Takkan macam tu saja dia nak sambut huluran tangan lelaki tu. Datang dulu macam angin, pergi pula macam ribut. Ingat dia ni apa?

Oh Gosh! Sha! You nampak keliru sangat. Meh, duduk sini.” Faliq menarik Farisha duduk di tempatnya tadi. Kerusi seorang boss.

“Masa You di OOTB dulu I ganti bapa saudara kejap jer. Kemudian You quit. Then, kita ada jumpa dekat rumah Nek Wan. After that, you know what happened. I rasa macam tak nak kacau hubungan You dengan Faisal. That’s why I bawa diri. Last month I ada balik kampung. Singgah rumah, Nek Wan ada cerita. I nak cari You dekat KL. Tapi malu. So, I minta tolong Aunty Khalidah bagi cadangan dekat You minta job dekat sini. And now You are here.” Panjang lebar Faliq menerangkan situasi yang sebenar kepada Farisha.

Means, semua ni dah dirancang. Semua dah diaturkan. You pakat dengan mama I buat semua ni. Jadi, semuanya palsu. Sepalsu diri You ni.” Farisha beremosi.

“Hei, jangan macam ni sayang. I love You. Remeber that. Even I tak pernah mention terang-terang but I pernah bagi bayangan kan? But kalau orang lain yang akan jadi bahagia buat You, then I akan tarik diri, because kebahagiaan You yang penting bagi I. Lagipun in relationship perlu ada perasaan antara dua orang, right.” Farisha mendengar kata-kata Faliq dengan tenang.

Now, I nak tanya You, sudikah You jadi isteri kepada I. Ibu kepada anak-anak I. Teman sehidup semati I. Menjadi tua bersama-sama I.” Faliq melamar Farisha!

Dengan melutut sambil mempersembahkan sebentuk cincin bertatahkan permata nilam, Faliq setia menanti balasan daripada Farisha. Beberapa minit juga dia menunggu, sampaikan kening dia dah terjongket ala-ala Ziana Zain, seolah-olah bertanya ‘tunggu apa lagi, dah lenguh tangan ni’.

Akhirnya Farisha menyambut juga. Gila tak nak? Bukankah dah ada Kuch Kuch Hota Hai dalam hati dia buat Faliq. Cuma keadaan yang membuatkan mereka terpisah sekejap. Mujur takdir tak berlaku kejam. Jodoh antara mereka masih ada. Hari ini dia tersenyum bahagia. Dia memang bahagia. Senyumannya cukup lebar sekali.

“Hai, senyum lebar nampak!” Faliq merangkak naik ke atas tilam. Dari keluar dari bilik air tadi dia perasan Farisha tersengih lebar di atas katil. Cantik saja isterinya itu berbaring sambil menopang dagu di atas bantal kecil yang disusun bertindih.

Farisha berkalih. Faliq sudah berbaring di sebelahnya. Tangan lelaki itu tersilang di belakang kepala.

“Ish, abang ni, dengan badan basah-basah macam ni nak baring atas tilam. Karang berbaulah.” Farisha memuncungkan mulut.

“Bau? Bau apa eh?” Faliq terhidu-hidu. Dihidunya rambut Farisha. Kemudian telinga. Turun ke leher...

“Apa ni? Gelilah...” Merengek saja kedengaran suara Farisha.

Kening Faliq terjongket. Dalam hati dia bersuara, ini tak nampak macam geli pun. Rasa macam suka jer. Rasa macam nak jer.

“Sayang, sayang fikir apa tadi?” Faliq macam tak puas hati selagi tak dapat jawapan.  Digesel pula hidung mancungnya pada hidung Farisha yang juga terletak elok.

“Kalau dah tak reti duduk diam. Buat itulah buat inilah macam mana Sha nak jawab.” Farisha menyoal kembali. Rimas pula dengan telatah Faliq pada malam itu yang serupa tak boleh duduk diam.

“Okay, abang duduk diam-diam ni!” Faliq duduk bersila menghadap Farisha.

Kelakar Farisha melihat aksi suaminya itu. Yalah, dengan pakai kain tuala saja duduk bersila atas katil, lepas tu semangat bukan main nak tahu apa yang dia fikir sampai senyum seorang-seorang tadi.

“Sha, fikirkan tentang seorang lelaki ni...” Sengaja Farisha tarik suara di hujung. Mahu melihat aksi Faliq.

“Lelaki? Lelaki mana pula? Sha, jangan buat hal. Kita kahwin tak sampai dua minggu pun lagi.” Suara Faliq dah mula lain macam nadanya.

“Ish, abang ni! Suka sangat tau buat spekulasi. Dengarlah dulu sampai habis. Kalau macam ni tak nak cerita la.” Farisha buat muka. Mulut dimuncungkan. Konon merajuk.

“Alah, abang acah ajalah tadi. Takkanlah sayang nak buat hal pula kan. Buat anak pun tak lepas lagi.” Faliq menyakat.

Ish, abang ni tak malu tau cakap macam tu.” Bertambah muncung mulut Farisha. Merah sudah rona wajahnya. Malu.

“Cepat cakap. Karang abang cium muncung tu, sampai Subuh esok pun sayang dah tak ada peluang nak cakap!” Faliq dah mengangkat kening. Terjongket-jongket. Siap dengan senyum herot di hujung bibir lagi.

Hurmm, Sha ingatkan seorang lelaki ni. Yang Sha jumpa dekat office Spirit Of Design. Macho bukan habis masa tu. Dengan kumis nipis. Jambang yang tumbuh halus. Sekali tengok memang Sha macam tak kenal. Tapi bila tenung, nak tercabut jantung Sha dibuatnya. Lelaki itu abang! Lelaki yang pernah terdetik seksi di hati Sha masa dekat kedai bunga dulu, time pertama kali kita jumpa. Dan waktu abang propose Sha, abang nampak seksi sangat-sangat. Tapi Sha control saja, tak nak lah nampak sangat kan?” Farisha kulum senyuman.

“Habis tu sekarang ni abang nampak seksi tak?” Faliq siap buat aksi tayang biceps.

Farisha geleng!

“Tak seksi. Tapi seksa! Semput Sha....”

Tak sempat Farisha menghabiskan kata-kata. Bibirnya sudah ditutup oleh bibir yang lain. Dan kehangatan itu menjalar hingga penghujung malam melakar bahagia yang dikecapi dalam hubungan suami isteri.

Akhirnya, Farisha bertemu juga dengan si abang sexy. Ya, Faliq Zaquan, suaminya itulah menjadi satu-satunya lelaki seksi di dalam hatinya. Dan harapan hatinya agar bahagia yang sedang mengepung jiwa mereka akan kekal hingga ke pintu syurga. Tiba-tiba dia teringat lirik lagu Syurga Di Hati Kita nyanyian penyanyi kegemarannya Ziana Zain. Puitis sungguh lirik lagu itu. Sambil mengingati bait-bait lirik lagu itu, Farisha mengelus lembut rambut Faliq sebelum memejam mata di dada suaminya itu, buat sekian kalinya mendengar degup jantung si abang sexy!

Kekasih cintaku ibarat rimba
Andainya dibakar tinggallah debuan arang
Siramlah dengan kata-kata saktimu
Semoga asmara berbunga ke akhir nanti
Bagiku engkau permata hidupku
Inilah ujian buat kita
Berjanjilah kan setia
Kekasih padaku
Kita bercinta hingga ke pintu syurga
Sinarilah asmara
Di mata dan di jiwa
Hidupkan cahaya cinta selamanya



T.A.M.A.T


:::: Kisah ini sekuel kepada My Sexy Abang. Bagi yang belum terlihat bingkisan terdahulu boleh membeleknya di sini [My Sexy Abang]

:::::: Mungkin ada yang tertanya-tanya siapa Amran Zahrain. Jawabnya, itu watak ekstra yang dihadirkan dalam edisi Novel Melayu Kreatif saja. Tak banyakpun wataknya. Sedikit sahaja di bahagian ending. Jadi kalau nak tahu kelainan itu jawabnya baca sahaja di sini [Novel Melayu Kreatif]

15 Komentar

Write Komentar
Faten Meera
AUTHOR
30/11/13 11:51 PTG delete

nk copy eh.

http://bulatsayangsaya.blogspot.com/

nanty saya credit kat awak k.

Reply
avatar
Faten Meera
AUTHOR
30/11/13 11:52 PTG delete

alaaa, xleh copy.

Reply
avatar
fara
AUTHOR
2/12/13 8:47 PTG delete

Thank you for the sequel...mmg sgt puas hati.
By the way , sorry for being over emotional the other day...geram sgt bila awk stop cenggitu je ;-)

Reply
avatar
3/12/13 12:32 PG delete

@fara Hehe, it's okay. Sy paham. Btw, thamks sebab support, kalau rajin singgah2 la sini, ada masa nanti akn ada crita baru yg akn diupdate ;)

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4/12/13 9:47 PTG delete

Akhirnya ada juga sambungannya walau konflik sangat sedikit... hoping for something different..

Reply
avatar
5/12/13 7:26 PTG delete

@Tanpa Nama Thank you for the reading TN. Actually sekuel ni pun scra tak sengaja bila baca satu komen pembaca. Directly sy buat siap x sampai dlm bberapa jam. Apa yg kurg itu harap maaf ya...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
27/2/14 11:06 PTG delete

so best.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26/8/14 8:57 PTG delete

Dari segi jalan cerita menunjukkan...penulis yg suka menunjuk nujuk...^^ jngan maree ....hnya skadar menilai....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26/10/14 6:16 PTG delete

Good job..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22/7/15 10:12 PG delete

pndek sgt la,,tpi best

Reply
avatar
20/12/15 4:10 PTG delete

kipidap! best giler...

Reply
avatar
21/12/15 1:45 PTG delete

Thank you. Dah lama cerpen ni. Lama juga Muz tak tulis cerpen baru...

Reply
avatar
Siti Azlin
AUTHOR
22/8/16 7:27 PTG delete

Ilike it very much .

Reply
avatar