Rabu, Ogos 14, 2013

Koleksi Cerita Pendek


Mencecah page views melebihi angka satu juta membuatkan Muz, mahu menambah lagi kandungan blog Nakhoda Nurani ini. Jika sebelum ini ada ruangan review novel dan e-novel (e-novel asyik tertangguh sahaja), kali ini Muz mahu menulis cerpen. Memandangkan proses menulis e-novel mengambil masa dan ditambah kekangan tugasan seharian, menyebabkan perjalanan e-novel itu menjadi semakin perlahan. Tambahan pula Muz sendiri tidak pasti sama ada e-novel Jangan Dilukai Hatinya itu punya pengikut atau tidak, lantaran tiada komen atau sebarang permintaan yang memberangsangkan. Makanya, buat masa ini, Muz mahu menumpukan perhatian untuk menulis cerpen kerana cakupannya yang lebih ringkas. Jika anda mahu membaca cerpen-cerpen tulisan Muz, picit sahaja setiap potret judul cerpen di bawah untuk mencapai halaman naskhahnya.