Isnin, Jun 24, 2013

Drama Adaptasi Jodoh Itu Milik Kita Akan Datang Ogos Ini!


Berita baik kepada penggemar novel Jodoh Itu Milik Kita. Drama yang sedang dalam penggambaran itu khabarnya akan bersiaran di kaca televisyen Ogos ini. Drama adaptasi novel dengan judul yang sama, Jodoh Itu Milik Kita menampilkan Farid Kamil, Tiz Zaqyah, Syazwan Zulkifli, Keith Foo, Nabila Huda dan lain-lain. Apa yang dikongsikan, drama Jodoh Itu Milik Kita ini akan disiarkan di saluran Astro Mustika HD. Info ini ternampak dalam Instagram milik Kak Ziela Jalil yang juga berlakon dalam drama ini. Apapun, kita tunggu sahaja, sidang media untuk pengumuman rasmi tentang penayangan drama Jodoh Itu Milik Kita di kaca televisyen nanti.



Kredit: Instagram Ziela Jalil


2 Komentar

Write Komentar
Jue Derella
AUTHOR
24/6/13 5:49 PTG delete

Suka tiz... especially from SSID..^^

Reply
avatar
Nur Aqilah
AUTHOR
27/6/13 8:15 PTG delete

mcm pernah bce novel ni

Reply
avatar