Wah, nampaknya ada khabr yang bertiup dan kedengarannya agak baik buat empunya diri dan peminat setia diva yang digelar Jennifer Lopez Malaysia, siapa lagi kalau bukan Ziana Zain. Ziana seperti yang diketahui merupakan seorang selebriti yang sering diburu oleh pelbagai jenama bagi menghiasi keindahan produk mereka. Jika disingkap sejarah bintang ini, dirinya pernah disunting menjadi duta tilam Vono hampir 10 tahun, duta Nutrebeauty, Jam Omega, produk kecantikan Nutrimetics, barangan kemas Brilliant Rose, dan banyak lagi 


Sehingga hari ini Ziana Zain masih merupakan duta rasmi Slim World dan Antabax. Baru sahaja beberapa minggu lalu dipilih sebagai duta Dutch Lady bagi suatu kempen bersama Faizal Tahir. Dan hari ini Media Hiburan Online melaporkan bahawa diva kesayangan ramai ini bakal disunting menjadi duta Safi Rania Gold! Rezeki 2013. Tahniah buat Kka Gee...


"Jika sebelum ini, pelakon Rozita Che Wan telah dilantik sebagai duta bagi produk kecantikan Safi Rania Gold, terbaru MH Online difahamkan penyanyi terkenal, Ziana Zain pula dilantik sebagai duta untuk produk terkini di bawah jenama Safi Rania bagi edisi 'Diamond'. Pemilhan Ziana Zain sebagai duta Safi Rania Diamond tentunya bertepatan dengan populariti dan status penyanyi ini yang diakui mampu mengekalkan kecantikan hingga ke hari ini. Kepada peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk Safi Rania Diamond ini, nantikan pengumuman rasmi pada 16 April ini.