>

Jumaat, April 05, 2013

Review Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 2


Pasti ramai yang tertunggu-tunggu kesinambungan cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia episod 2 yang disiarkan pada malam ini dalam slot Zehra, TV3. Malam ini kisah diteruskan lagi dengan konflik adik-beradik antara Farish dan Firash. Masakan tidak bergaduh, apabila Firash diminta untuk menikahi Syaf, sudah pastinya Farish akan mengamuk. Apatah lagi Farish masih lagi mencintai Syaf. Farish merayu kepada mamanya untuk menghalang perkahwinan antara Syaf dan Firash. 





Dalam masa yang sama, Firash juga sudah dapat mengagak bahawa sebenarnya kejadian pada malam hari jadi tempoh hari adalah perangkap Rania untuk dirinya tetapi yang terjerat bersamanya adalah Syaf! Apakah yang akan berlaku di sebalik semua ini? Semuanya dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 2, Jumaat 5 April bermula 9.00 malam hanya di Zehra, TV3.





Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

3 comments

5/4/13 9:42 PTG

6pak mcm best... tp takut nak tgk.. takut ter'obses! hahaha

6/4/13 12:52 PG

episode 2 ni ada watak zara pulak...entah sapelah zara tuh...then lari sikit dari novel..bukan ke patut firash kawen dulu dengan syaf baru berita farish accident? hoho...agak tak puas hati kat sini...tp tengok lah next episode...kot2 best ke...

6/4/13 12:47 PTG

Baru tgk citer ni smlm. Klw kat rumah jgn harap nk tgk tv.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...