>

Ahad, April 14, 2013

Penulisan2u Hidangkan Be My Wife & Takdir Buat Q

Jika dahulu Penulisan2u hanya menjadi sebuah laman perkongsian karya di alam maya, tetapi sekarang Penulisan2u telah mengorak langkah dengan menerbitkan karya-karya yang mendapat sambutan dalam laman itu dalam versi cetak. Menggunakan label dengan nama asalanya, Penulisan2u menerbitkan sebuah novel bagi setiap bulan. Novel sulung yang diterbitkan di bawah label ini yang dibeli dan dibaca ialah Protect The Boss. Kemudian tampil dengan judul-judul lain yang memikat. Dan pastinya ramai yang cair dengan judul Projek Memikat Suami.  


Sempena kedatangan April dan menyambut Mei yang mempunyai acara besar dalam kalender buku dan dunia penerbitan, iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 2013), maka pihak penerbit menerbitkan dua buah buku sekali gus. Lebih tepat lagi sejak Januari lalu Penulisan2u telah mula menerbitkan dua buah novel di bawah label mereka itu. Bagi keluaran terkini ini, kedua-duanya sangat menarik. Bakal berada di pasaran tidak lama lagi dan tentunya boleh didapati di PBAKL 2013. Be My Wife dan Takdir Buat Q. Itulah judul dua buah karya di bawah label Penulisan2u yang terbaharu. Jangan lupa untuk mendapatkannya.


Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

1 comment

17/4/13 10:18 PTG

Assalammualaikum... Saya S.N Hidayah bte Haron mengucpkn brbyk2 terima ksh pd engku krn sudi membuat entry ttg novel Takdir buat Q....

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Red Polka Dotted Pencil