>

Sabtu, April 06, 2013

Novel Ketiga E-Man Sufi; Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Kenal dengan empunya nama E-Man Sufi. Nama pena dalam arena penulisan novel pop ini meledak apabila karya sulungnya berjudul Suami Yang Kubenci meletup di pasaran. Kemudian terus mencipta nama menerusi karya keduaya berjudul, Hikayat Cinta Si Pematah Hati. Menariknya, antara kedua-dua novel ini ada perkaitan watak-watak yang dihadirkan oleh penulis sepanjang penceritaan. Dan konsep yang sama masih diteruskan dalam karya ketiganya yang bakal kelar tidak lama lagi. Novel berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta, masih lagi hadir Uwais di dalamnya! Tak percaya? Boleh baca blurb di bawah ini! 


“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”

“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”

“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! 

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
Apapun, buat peminat-peminat novel tempatan, jangan lupa untuk dapatkan novel terbaharu terbitan Karyaseni yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi ini! Kulit hadapan novel ini juga tampak istimewa dan lain daripada yang lain. Agak misteri. Dan tentunya punya perkaitan dengan isi cerita novel berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini! Oh ya, sebelum terlupa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), hanya tinggal tidak lama sahaja lagi untuk menjelang! Jumpa di sana....

Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

4 comments

6/4/13 12:57 PTG

Wasalam.. First time dengar nama penulis E-Man Sufi.. kulit buku dia saja dah nampak menarik.. memang menarik pun kan? aida baca sinopsis dia pun menarik.

Tanpa Nama
20/8/13 5:12 PTG

Sangat menarik cerita ni....xrugi beli...dh baca 3x....tahniah utk penulis.....xsabar nk tunggu novel seterusnya drpd Eman Sufi...

sue
7/11/13 5:26 PTG

Novel yg sgt menarik...tahniah kpd penulis....xsabar tunggu karya seterusnya...

Tanpa Nama
11/1/14 12:43 PG

a wonderfull story.well gvn out.vry good

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Red Polka Dotted Pencil