>

Selasa, April 16, 2013

Gambar Ziana Zain Di Majlis Pelantikan Duta Safi Rania Diamond


Hari ini 16 April 2013. Maka, seperti yang dicanangkan tempoh hari telah berlangsungnya satu majlis di Hotel Empire Subang bagi pengumuman rasmi pelantikan penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain sebagai duta produk Safi Rania Diamond. Tahniah, buat diva kening terangkat ini. Makin mencurah rezeki. Ziana Zain yang dikenali sememangnya cukup laris sebagai duta produk sama ada jenama tempatan mahupun antarabangsa. Dari zaman anak dara sehinggalah sudah jadi ibu kepada empat orang cahaya mata, aura Hot Mama ini hakikatnya tidak pernah pudar. Datanglah sejuta muka baru sekalipun dalam industri seni, Ziana Zain cuma satu, dari dulu, kini dan selamanya. Sesuai sebagai permata yang tiada galang ganti yang selari dengan nama produk ini Safi Rania Diamond.








Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

2 comments

16/4/13 6:27 PTG

ziana zain memang forever young!! cantik! :)

17/4/13 10:05 PTG

@Innanie | Ariffin Heheh...Setuju...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Red Polka Dotted Pencil