>

Rabu, Mac 13, 2013

Playboy Itu Suami Aku Buah Tangan Terbaharu Suri Ryana

Kenal tak dengan sebaris nama Suri Ryana. Penulis novel yang berasal dari negeri Pulau Pinang ini meledak dengan novel sulung berjudul Maid. Novel keduanya juga tidak kurang hebatnya, iaitu Isteri Separuh Masa. Dan tahun ini, Suri Ryana tampail dengan bingkisan Playboy Itu Suami Aku?! Jom baca teasers yang dikeluarkan oleh pihak penerbit Kaki Novel.


“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri. Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu!

Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing.

Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?
 
“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”
 
Kredit Animasi: Novelis Ilya Abdullah...



Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

12 comments

13/3/13 6:34 PTG

huhuh
kurang brminat dgn novel jiwang

13/3/13 9:31 PTG

sayangnya cik akak belun ada novel nie..huhu

25/4/13 7:22 PTG

dah ade kt psaran ker novel ni???????????

26/4/13 11:33 PTG

Dah ada kat popular ke? Can't wait to grab the book

Tanpa Nama
11/11/13 5:25 PTG

dh kluar dkat pasaran ke???

18/11/13 12:24 PTG

@Lelaki Ini Hoho...

18/11/13 12:24 PTG

@Nao Mei Dapatkan jer..

18/11/13 12:24 PTG

@hanihazuani Dah ada...

18/11/13 12:24 PTG

@Tanpa Nama Sudah

18/11/13 12:24 PTG

@zieDah ada!

26/12/13 10:14 PG

Hoho,dh djadikan drama pla 2..

26/12/13 10:16 PG

Huhu,tmbh famous dh dtrbitkan as drama dlm slot akasia d t.v3..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Red Polka Dotted Pencil