Khamis, Mac 28, 2013

Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April



Blog Apit nak buat bloglist! Gila kalau tak nak masuk kan. Cuba la nasib. Mana tau ada rezeki boleh duduk dalam blog orang popular. Tumpang glamor sekaki. Hehe. Kalau tanya kenapa nak masuk dalam bloglist seseorang, tentu sekali sebab itu akan bawa manfaat bersama kepada kedua-dua pihak. Secara tak langsung, entry-entry kita akan terpampang dalam blog tuan tanah. Jika tajuk entry itu menarik, maka bukan sahaja tuan tanah sendiri yang akan bertandang malah pengunjung blog tuan tanah yang lain juga turut sama boleh menjengah blog kita. Dan bilamana kita melihat adanya komen-komen pengunjung baru, secara tak langsung kita juga akan membalas kunjungan dan menjalinkan perhubungan yang baru.

Tak tahu mana kekuatan blog ini. Kalau cerita terlebih, nanti orang cakap masuk bakul angkut sendiri. Apa-apapun sama seperti blog lain, blog ini juga sebuah blog personal. Menceritakan hal peribadi dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling. Turut memuatkan informasi semasa. Hal ehwal berkaitan dengan santapan rohani. Ulasan pembacaan terutamanya novel. Sekitar dunia pendidikan dan kehidupan seorang guru. Juga diselitkan cerita-cerita hiburan dan gosip panas sebagai pelaris. Huhuhu...

Berapa kali update blog dalam sehari memang tak diseragamkan. Kalau sibuk yang teramat dengan kerja-kerja dekat sekolah, berkurusus atau sebagainya, paling tidak mungkin sekali dalam sehari. Kalau life biasa-biasa dua kali sehari. Jika bersantai dan bercuti pula boleh jadi sehingga 4-5 entry sehari. Semuanya terpulang kepada masa. Oh ya, bukan masa sahaja, ragam beruk juga diambilkira. Kalau laju beruk maka banyaklah entry yang dapat dipublish.

2 Komentar

Write Komentar
shida
AUTHOR
29/3/13 12:49 PTG delete

Salam kenal dr segmen yang same.~~

Reply
avatar
Cik Fie
AUTHOR
30/3/13 7:37 PTG delete

dari segmen yang sama .:)

http://www.cikfie.com/2013/03/pencarian-bloglist-fizgraphic-bulan.html

Reply
avatar