Selasa, Februari 19, 2013

"Segmen : Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule'

Puisi Buat Dia
Si Gule


Inilah pengenalanmu bagiku
tidak pernah kita bertentang mata
tidak pernah bersua wajah
bahkan inilah kali pertama aku mendengar
sebuah nama seakan gula-gula

Kita ditakdirkan untuk berbicara
lewat pertemuan maya
akan sampaikah barisan aksara ini
pada engkau yang entah di mana
namun tetap ku coret baris madah
buat engkau ciptaanNya yang indah

Lewat meniti waktu
berputarnya bumi tiada henti
seiring masa berlalu
menjelangnya ulang tahunmu kini
ku sampaikan kesuma wadah
bersalut doa indah
dipanjangkan usia sejahtera
dilimpahkan segala barakah
diperkenan semua hajat dan cita
diselimuti bahagia nan indah
semoga segalanya menjadi nyata
dengan izin yang Maha Esa
 


Selamat Ulang Tahun Kelahiran
 

5 Komentar

Write Komentar
ejulz
AUTHOR
19/2/13 11:47 PTG delete

Terima kasih sbb sudi join.. pastikan dah like n follow semua sponsor k. :)

Reply
avatar
Nao Mei
AUTHOR
21/2/13 11:33 PTG delete

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

datang folow sini...sudi2 lah follow cik akak balik

Reply
avatar
ejulz
AUTHOR
23/3/13 8:36 PTG delete

Salam. Pertama sekali ejulz nak ucapkan terima kasih kerana sudi join segmen ejulz ni. "Segmen : Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule' pada 19 Mac” Insyaallah ejulz akan umumkan senarai pemenang pada masa terdekat ni. Seperti yang dijanjikan, 100 penyertaan terawal akan dapat 1pcs Sticker Fridge Magnet / 1pcs Button Badges setiap seorang. Mohon emelkan maklumat seperti berikut bagi tujuan pos ke asrul_harfan@hotmail.com . Jangan lupa letak tajuk emel "Peserta Segmen Ucapan Hari Lahir Buat Si Gule pada 19 Mac"
Nama:
Alamat:
No Tel:
Link entry penyertaan:
No penyertaan: (rujuk sini, "Senarai Peserta Segmen : Ucapan Selamat Hari Lahir buat "Si Gule" pada 19 Mac
"
)

Reply
avatar
23/3/13 8:55 PTG delete

@ejulz Wslm. Dah send details yg diperlukan...

Reply
avatar