>

Sabtu, Februari 23, 2013

Penjelasan Dr Fadzilah Kamsah Tentang Video Di Youtube & Penyebaran Gambar Ahli Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum sahabat yang di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semoga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil untuk memberi penjelasan kerana maruah keluarga saya terjejas dan untuk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yang berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yang termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dalam usaha mempertahankan maruah diri & keluarga, InsyaAllah di kira mati syahid. Pertamanya saya memohon ampun & maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan komen saya tersebut. Saya cuma seorang rakyat biasa & bkn bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak. 

Rakaman temu ramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temu ramah lebih 10 kali oleh berbagai stesen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yang agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya untuk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan-soalan yang di ajukan. Bila dah menjawab terlalu banyak soalan, maka soalan daripada blogger (penemu ramah terakhir) saya jawab dalam keadaan yang tergesa gesa dan mungkin tak berfikir dengan mendalam. Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal Palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu. 

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibu bapa dan guru-guru saya untuk sentiasa berbuat baik kepada orang lain, membantu orang lain setakat kemampuan dan mendoakan kebaikan orang lain. Justeru, saya amat sedih bila orang mendoakan kehancuran saudara se Islam sama ada di Malaysia atau di mana-mana di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh orang bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi gambaran yang kurang positif kepada anak-anak yang masih belum mampu berfikir dengan rasional seperti orang dewasa. Saya yakin masih banyak cara yang lebih tertib dan berhikmah yang boleh di gunakan. Saya lihat diri saya sebagai guru dan pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu dan membantu sesiapa saja yang perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yang saya akan lakukan hingga akhir hayat saya. 


Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yang saya kendalikan atau program motivasi di media tempatan. InsyaAllah teguran saya tidak tertumpu kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Saya tak takut kepada sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kepada Allah SWT. Di Mekah & Madinah tempoh hari saya telah berpesan kepada sahabat-sahabat dari Malaysia untuk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua orang Islam di Malaysia bersatu dan kita mati dalam Husnul Khatimah. 

Saya amat sedih bila gambar-gambar anak-anak saya yang sudah lebih 9 tahun yang lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya dan isterinya juga di sebar seolah-olah gambar masa berdating, walhal itu gambar-gambar selepas mereka berkahwin. InsyaAllah anak-anak saya telah berubah dan saya telah berwasiat kepada mereka untuk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dengan terbaik, bantu orang dan jangan menyusahkan orang lain. 

Pesan Nabi SAW: Barang siapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia dan di akhirat. Saya seru diri saya dan sahabat yang di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak orang buat silap, nasihatkan dia jika mampu dan doakan agar Allah beri mereka hidayat, segera bertaubat & dapat berubah. Bila kita mengutuk orang lain, kita seolah-olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik daripada orang yang di kutuk itu. Ingat pesanan Imam Al Ghazali: Jika kamu nampak orang jahat depan kamu, jangan sangka kamu lebih baik daripada orang itu. Orang yang jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, dan kita yang kononnya baik ini (pastinya banyak dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati. 

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Orang yang bertaubat, InsyaAllah akan di ampunkan semua dosanya. Moga sahabat yang mulia dapat ampunkan semua dosa kami sekeluarga. Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua sahabat dapat delete gambar-gambar yang boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dapat menjadi insan yang Allah redha & dapat memberi sumbangan kepada rakyat di Malaysia. Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Amin. Wassalam. 


 Sumber sepenuhnya dari Facebook Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah




Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

6 comments

23/2/13 9:49 PTG

Semoga segala khilaf dpt d maafkn.dato pn nk komen psl politik.jgn lebih2 mengampu.

23/2/13 10:41 PTG

ni kes apa? aik.. nape amal tak tahu apa apa ? huhu

24/2/13 2:34 PG

alamak tak follow kes ni...agak2 masih ada lg ke youtube nye...?

24/2/13 7:10 PTG

@Carlos Santiago Huhuhu...

24/2/13 7:11 PTG

@cik amal Muz pun terlepas, tp ada kaitan dgn politik rasanya...

24/2/13 7:11 PTG

@Hatimi Tahirruddin Dan takda, remove dah..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...