Rabu, Februari 27, 2013

Pengacara, Penyampai Trofi & Persembahan Artis Popular Di ABPBH 2012




Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk edisi 2012 bakal berlangsung tidak lama lagi. Petang tadi sidang media tentang malam kemuncak ABPBH 2012 telah berlangsung di Holiday Villa Subang sekali gus menjadikan sidang media ini merupakan yang ketiga sempena penganjuran kali ini. Antara yang diumumkan termasuklah senarai artis yang bakal membuat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2012. Pengacara pada malam gilang-gemilang itu adalah Zizan Razak dan Fara Fauzana. Manakal Along Cham dan Didie Alias bertugas di permaidani merah. Pengacara undangan termasuklah, Awi Rafael, Azlee Khairi, Forteen, Hairul Azreen, Hanez Suraya, Iqram Dinzly, Kamal Adli, dan Nelydia Senrose.


Barisan selebriti yang diberikan mandat sebagai penyampai trofi pula merangkumi Aaron Aziz, Anzalna, Dazrin, Fizo Omar, Fizz Fairuz, Johan As' ari, Lisa Surihani, Nabila Huda, Nadiya Nissa, Nazim Othman, Neelofa, Nubhan, Nur Fathia, Rozita Che Wan, Shah Iskandar, Tasha Shilla, dan Tomok. Sementara itu artis yang bakal membuat persembahan pula adalah Adira, Ainan Tasneem, Ally Noor, Amir Ukays, Asmidar, Ayai Illusi, Bagio Damasutra,Black, Dato' AC Mizal, Ella, Fida, Jay Jay, Kilafairy, Liawanis, Dato' M.Nasir, Marsha, Mastura, Najwa Latif, One Nation Emcees, Projek Pistol,RJ, Salam Band, Sleeq, Stacy, Stella Band, Syam Kamarul, Zarul Umbrella, dan Ziana Zain


Melihat kepada barisan artis yang bakal membuat persembahan, pasti ada yang sudah dapat meneka coraknya. Contohnya apabila melihat nama vokalis band-band hebat suatu masa dahulu seperti Amir Ukays, Bagio Damasutra dan Ayai Ilusi. Kemudian ada pula penyanyi ‘Apo Kono Eh Jang’ versi lama dan baharu, barangkali akan disatukan di tas pentas yang sama. Di satu sudut yang lain ada  juga barisan artis yang mungkin khalayak boleh meneka judul lagu yang akan dibawakan seperti Ainan Tasneem, Najwa Latif dan Sleeq. Namun, sesuatu yang dapat dilihat adalah kehadiran nama besar yang disegani seperti M Nasir , Ella dan Ziana Zain.





6 Komentar

Write Komentar
28/2/13 1:44 PG delete

pasti persembahan mantap dari otai2

Reply
avatar
28/2/13 3:41 PG delete

hmm..mcm menarik ni nanti...

Reply
avatar
13/3/13 6:42 PTG delete

@Hatimi Tahirruddin a'ah sebab org lama ttp berbisa..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7/4/13 2:22 PTG delete

Tak best sebab siti tak buat psembahan

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7/4/13 5:17 PTG delete

Tak sabar nak tgok.mesti gempak:)

Reply
avatar