>

Selasa, Februari 12, 2013

Gambar Shila Amzah Berkongsi Pentas Dengan Psy


Masih lagi berkisarkan perihal Shila Amzah. Kali ini bukan lagi menterjemahkan nuansa pilu yang didukung jiwa lara sekeping hati gadis cantik ini. Sebaliknya bertumpu kepada persembahan yang dijayakannya di Pulau Pinang, siang tadi. Shila Amzah telah berkongsi pentas yang sama dengan Psy untuk menghiburkan para tetamu yang berkunjung ke Majlis Rumar Terbuka sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh pihak tertentu di negeri taklukan pembangkang ini. 


Merujuk kepada tuan punya blog milik gambar dan cerita >>>PilihanAnda: Khabarnya Shila telah mempersembahkan sebuah persembahan yang mantap. Kebolehannya bercakap dalam bahasa Mandarin turut mendapat perhatian. Lebih istimewa apabila persembahannya mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton yang rata-ratanya merupakan masyarakat Cina. Apapun, syabas kepada Shila kerana berjaya mengetepikan masalah peribadi dan menjayakan acara ini dengan persembahan yang mantap!






Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

5 comments

12/2/13 1:00 PG

lawa shila ni tau.. suka tgk muka dia.. :)

12/2/13 1:01 PG

@Yuliana Wahit Mmg cun. Pernah tgok live masa dia turun UPM utk Pesta Konvo 2 tahun sudah... ;)

12/2/13 2:07 PG

tahniah shila....ramai peminat dia...
PSY aku x minat ...hehehee

12/2/13 4:07 PG

Artis kenalah profesional kan. Masalah peribadi akan ditolak tepi bila berada di pentas. :)

12/2/13 12:08 PTG

tabik kaw-kaw ngan kak shila :)

http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Red Polka Dotted Pencil