>

Isnin, Februari 18, 2013

Alunan Ayat Suci Al-Quran Yang Menyentuh Kalbu


Teknologi kalau digunakan ke arah kebaikan pastinya membawa manfaat. Sayangnya, manusia yang penuh kekurangan tidak lepas dari melakukan kekhilafan, termasuklah diri ini. Tertengok suatu rancangan keagamaan berkenaan tarannum di Astro Oasis siang tadi. Lantas naik ke kamar, menjengah ke laman Youtube dan mula mencari bingkisan yang berkaitan. Dan dua video ini diketemukan. Berlokasi di India. Indahnya Islam yang tidak membezakan penganutnya sama ada melalui bahasa waima warna kulit sekalipun. Sangat indah tatkala telinga mendengarkan alunan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran ini. Dialunkan dua orang qari. Masing-masing dari bumi Malaysia dan Indonesia.


Puji-pujian sepanjang bacaan ayat-ayat suci ini dikembalikan kepada Allah, Tuhan sekelian alam. Boleh menitis air mata mendengarkan keindahan bacaan ayat-ayat suci ini. Dengarlah wahai sahabat.Leburkan kerasnya hati. Cairkan kentalnya kalbu. Dinginkan laharnya jiwa. Dengan ayat-ayat suci nan indah. Berikan kesempatan untuk sepasang telinga mendengarkannya. Nescaya luruhlah segala tembok syaitan yang sedang memagari atma.




Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...