Isnin, Februari 04, 2013

Adibah Noor Teman Baru Halim Othman



Suria FM merupakan salah sebuah stesen radio tempatan yang tidak kurang popularnya. Meniti di bibir peminat apabila suatu masa dulu, stesen radio terbabit menyunting dua nama besar dalam arena penyiaran radio tempatan untuk menduduki barisan utama penyampai dalam dua slot yang berbeza, iaitu Halim Othman dan Linda Onn. Halim mengendalikan slot Ceria Pagi Suria FM. Sedikit masa dahulu, Halim ditemani Sharifah Shahirah. Kemudian datang, Nabil dan Kenchana Dewi. Dan baru-baru ini secara sementara ditemani oleh Wan Ajaib. Dan bermula 5 pagi tadi suara seorang wanita berkumandang di samping suara macho Halim Othman. Milik siapakah suara itu? Milik seorang wanita yang punya vokal mantap dalam arena seni suara tempatan. Suara itu datangnya dari empunya tuan badan yang bernama Adibah Noor. 


Seperti yang dikenali Adibah sememangnya hebat di atas pentas nyanyian. Juga berjaya sebagai pelawak dan pengacara. Kali ini Adibah turun sebagai seorang juruhebah. Pastinya tidak akan mengecewakan. Lantaran Adibah bukanlah seorang individu yang suka berjenaka dengan cara yang murah. Malah pengalaman yang ada akan menjadikannya lebih selesa dalam bidang ini. Kesimpulannya gandingan Halim Othman dan Adibah Noor pasti akan menjadi dan serasi. Bagi pandangan peribadi, tidak perlulah terlalu ramai penyampai berkampung di konti untuk sesebuah slot tertentu. Dua orang penyampai sudah lebih daripada cukup. Jika lebih selalunya hanya kekecohan sahaja yang kedengaran.


4 Komentar

Write Komentar
Nour Adieb
AUTHOR
4/2/13 12:57 PTG delete

Halim Othman kawen ngan siapa erk??? heboh2 dekat suriafm, hehe

Reply
avatar
Lelaki Ini
AUTHOR
4/2/13 1:22 PTG delete

wah, macam betsnya!

Reply
avatar
4/2/13 9:18 PTG delete

@Nour Adieb Ye kerr dah kahwin? Rumors ja kot..

Reply
avatar
4/2/13 9:19 PTG delete

@Lelaki Ini Yup, sure best. Try la dengar!

Reply
avatar