>

Isnin, Februari 04, 2013

10 Sebab Doa Tertolak

Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina... [Al-Mu’minun:60]

Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah SWT melainkan doa [Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah]

Sesungguhnya Allah SWT amal malu dan Maha Mulia. Adalah sesuatu yang memalukan bagi Allah SWT apabila seorang insan mengangkat kedua-dua tangannya, lalu Allah menolaknya kosong dan rugi [Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi]



Ibrahim bin Adham, salah seorang wali Allah pernah ditanya mengapa doa tak dimakbulkan Allah. Maka dijawab oleh beliau ada 10 sebab doa seseorang itu tertolak.

  • Kita mengaku mengenal Allah SWT, tetapi tidak kita tidak menunaikan hak Allah SWT sebagaimana mestinya.
  • Kita mengaku Cinta terhadap Rasulullah SAW tetapi kita tinggalkan segala Sunnahnya.
  • Kita mengenal Al Quran tetapi tidak dibaca dan juga tidak tahu kita amalkan apa yang telah terkandung dalam Al Quran.
  • Kita berdoa supaya masuk syurga, tetapi kita tidak mahu beramal.
  • Kita menyatakan bermusuhan dengan setan tetapi kita ikuti jejaknya.
  • Kita berdoa agar terhindar dari api neraka, tetapi kita jerumuskan diri kita sendiri ke dalam api neraka.
  • Kita sibuk mencari kesalahan orang, tetapi kita lupakan kesalahan diri sendiri.
  • Kita katakan bahawa kematian itu pasti datang, tetapi kita tidak mahu mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  • Kita menguburkan orang mati, tetapi kita tidak mahu mengambil pelajaran dari peristiwa itu.
  • Kita rasakan berbagai nikmat Allah SWT, tetapi kita tidak mahu mensyukurinya.

“Baginda Rasul pernah bersabda, Allah sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi perkara dosa, perkara yang memutuskan silaturahim dan selama tidak minta supaya cepat-cepat diperkenankan. Lalu Baginda ditanya oleh seseorang, apa maksudnya meminta dicepatkan? Jawab Baginda, umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya, aku berdoa, aku berdoa tetapi aku tidak melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”




Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

2 comments

5/2/13 2:15 PG

Allahuakbar..

9/2/13 7:13 PTG

@SITOT .. Terima kasih sudi singgah baca sahabat `

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Red Polka Dotted Pencil