Ahad, Januari 13, 2013
Video & Gambar Romantik Shah Iskandar Dan Emma Maembong


Kenal tak dengan Shah Iskandar. Awal-awal dulu dia berlakon dalam Gerak Khas sebagai anak kepada Sarjan Misai. Semenjak dua ni, Gerak Khas pun dah tak nampak di televisyen. Tetapi langkah Shah Iskandar tidak berhenti di situ. Banyak tawaran berlakon yang diterima. Dan banyak juga drama dan telemovie yang dibintanginya. Antaranya Atas Nama Cinta, Runtun Qalbu, Anak Ikan dan Derhaka. Makin ramai yang sudah mula melihat kehadiran pemilik nama penuh Shah Iskandar Mahfuz dalam arena seni tanah air. Shah Iskandar merupakan aktor ketiga dari Singapura selepas Aaron Aziz dan Adi Putra yang mendapat tempat dan diterima baik dalam industri lakonan tempatan.

Emma Maembong juga merupakan satu nama baru dalam seni lakon. Mula dikenali merusi pembawaan watak yang berjaya dalam drama rantaian Kau Yang Terindah arahan Eirma Fatima. Dan kemudiannya langkah gadis ini mendapat perhatian pemerhati dan pengkritik industri seni tanah air. Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini juga pernah mendapat tempias dunia seni dari sisi negatif apabila dikritik hebat lantaran tersebarnya gambar seksi miliknya. Apapun, Emma merupakan antara pelapis yang akan mewarnai dunia lakonan tanah air yang penuh dengan seribu satu warna.

Majalah Yezz, baru-baru ini telah menggandingkan Shah Iskandar & Emma Maembong sebagai penghias wajah hadapan majalah tersebut. Dan lokasi penggambaran dilakukan di kawasan yang berair. Beberapa keping foto dalam suasana yang romantik telah dikongsikan sepanjang fotografi itu berlangsung. Malah video sebalik tabir fotografi juga telah dimuat naik di Youtube! Jom layan sambil cuci mata. Nampak sepadan pula mereka berdua. Bagai pinang dengan paku. Laksana sireh dengan kapur!
kRedit: Yezz!

Diari Tinta:
Lantera Seni..`..
| Nuansa Rasa: |












7 comments
emma maembong memang cantik..
@Mohd Lokman Bin Ramli ^_^
cun la emma maembong!! XD
huhuhu comel emma :)
baru tau shah iskandar ank srjan misai..haha..lm dh lupe..
salam ukhuwah dari bunda
@kak nora Salam Ukhwah kembali...