>

Rabu, Disember 12, 2012

Novel Duri Ke Drama; Bersiaran Di Astro Prima







Sudah menginjak beberapa detik menjelangnya tarikh yang istimewa 12.12.12. Dan pastinya entri ini juga memuatkan sesuatu yang istimewa. Bermula 12.12.12 atau dalam perkataannya dua belas hari bulan dua belas tahun dua ribu dua belas, akan bersiaran sebuah drama rantaian di Astro Prima. Akan disiarkan pada pukul 5.00 petang, drama ini merupakan bingkisan terbaharu Astro Prima dalam memancing peminat dan penonton karya seni tempatan. Drama yang diadaptasikan daripada novel Duri karya Fauziah Ashari masih mengekalkan judul yang sama.





Drama Duri ini akan menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 5.00 petang. Ulangannya akan bersiaran pada hari yang sama pada jam 9.00 malam. Membariskan pelakon-pelakon muda yang berbakat, pastinya Duri akan meninggalkan kesan di dalam hati penonton. Apatah lagi novelnya juga sangat menangkap jiwa para pembaca. Antara pelakon utama yang menghiasi keindahan naskhah Fauziah Ashari ini termasuklah Afiq Muiz, Izzue Islam dan Shera Ayob.





Drama ini mengisahkan tentang Muzhaffar yang gagal menjejaki tunangnya, Nuri beberapa bulan sebelum majlis pernikahan. Sebagai galang ganti, Sufi rela berkorban demi menutup aib keluarga yang dicalitkan oleh adiknya itu. Akibatnya, Sufi terpaksa mengorbankan cintanya buat Hazim, si kekasih hati.  Percaturan takdir yang tak terduga. Rupanya Muzhaffar dan Hazim bersaudara. Kehadiran Sufi dalam keluarga sebagai menantu sama sekali tidak digemari oleh Durrah, yakni ibu mertua. Watak Sufi digalas oleh Shera Ayob. Manakala watak Muzhaffar pula disandang oleh Afiq Muiz. Sementara itu, watak Hazim pula dijayakan oleh Izzue Islam.



Jangan lupa temu janji bersama Astro Prima setiap Isnin hingga Khamis bermula 5.00 hingga 6.00 petang atau 9.00 hingga 10.00 malam. Layarilah drama rantaian yang penuh emosi ini dan pastinya anda akan terbuai dengan melodi rasa yang disajikan.








Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

26 comments

12/12/12 2:20 PTG

macam best jek,,lagi tertarik kalau hero2 die ensem,hahaha

12/12/12 8:12 PTG

@NORSHAHFEZA HAMSAN Itulah modalnya kan? Hensem. Hahaha..

13/12/12 9:40 PTG

Dh lama baca novel ni. Dh xingat Sgt. . ...tp suka la hero& heroinni.

14/12/12 8:47 PG

Smlm secara x sengaja ter'tengok' drama ni, tp sayang waktu tu dah nak abis :( Mcm best so, nak follow la drama ni..TQ 4 sharing d in4...

14/12/12 8:49 PG

Smlm secara x sengaja ter'tengok' drama ni tp syng waktu tu dah nak abis..:( Mcm best so, nak follow la drama ni... TQ 4 sharing d in4...

Tanpa Nama
25/12/12 6:10 PTG

almak mcmne nk tgk episod yg lpas ek,firt time tgk episod yg hr nie..

Tanpa Nama
25/12/12 10:27 PTG

Saya nk tgk dari ep 1 tp dimana nk cari?

25/12/12 10:33 PTG

@Tanpa Nama So far tak ada sumber yg upload lagi dkt online..Kalau sy jumpa sy akn share link dia okay ;) Setakat ni yg bersiaran petang dan ulangan wktu malam..

25/12/12 10:34 PTG

@Tanpa NamaSo far tak ada sumber yg upload lagi dkt online..Kalau sy jumpa sy akn share link dia okay ;) Setakat ni yg bersiaran petang dan ulangan wktu malam..

25/12/12 10:34 PTG

@camelia So far, Muz x pernah lagi berkesempatan baca novel ni...

25/12/12 10:35 PTG

@aniezqadriena Hehe..Best erk? Muz x ikut pun drama ni. My pleasure to share this information. Thanks for visit here...

26/12/12 11:22 PG

pinjam picca tuh..already credit to u...
mmg best drama nih laa..makneng tgk yg malam nyer jer...siang keje...xdan..

Tanpa Nama
26/12/12 10:48 PTG

Best giler citer ni, saya suka watak sufi, buat baik dlm jahat, yg best tak sabar nak tgk diorg kalah dgn demdam masing

28/12/12 11:32 PG

tajuk ost dlm cter ni ape? selain dr lagu dia yg kau pilih shahir..plzz tell me

28/12/12 2:48 PTG

@Pink Lavender Ok, ambik lerr ;)

28/12/12 2:49 PTG

@nura'isyahellmi Ada yg cakap 'Separuh Hati'-FIRMAN

28/12/12 2:54 PTG

@Engku Muzahadin But I think tajuknya Kehilangan dendangan FIRMAN

28/12/12 4:03 PTG

pernah tgk skali cite ni..best jgk..:)

Tanpa Nama
2/1/13 2:24 PTG

best citer nie...suka tengok ekpression muka setiap pelakon..seruis watak izzue Islam mmg natural dan mantap...tp dia bukan hero dlm nie,kalo hero msti lg mntap..he3

Tanpa Nama
3/1/13 5:24 PTG

SEPARUH HATI
Maafkanlah bila cinta ini tak bisa untukmu
Meski raga ini selalu bersamamu
Temani malammu bagai tabir hitam di hidupku
*Reff:
Separuh hati ini bermain dalam hatimu
Meski perih tak bisa jujur padamu
Tuhan tolonglah diriku dari munafik hatiku ini
Maafkanlah aku
Bukan maksudku mengkhianati dirimu
Meski hatiku yang tak pernah memilikmu
Biar sudah kenyataan ini
Mengalir seperti apa adanya
Repeat reff [2x]
Maafkanlah sayang

SUFI
3/1/13 5:25 PTG

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
KEHILANGAN
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Sufi
3/1/13 5:27 PTG

Aku dh download lagu nie utk aku..nie lirik yg dpt aku kongsi..Aku suka watak sufi..cantik..

Tanpa Nama
3/1/13 11:12 PTG

@Sufi

sy nak tanye,novel duri nie terbitan cmpany mne ye?tq =)

3/1/13 11:20 PTG

@Tanpa Nama Novel Duri terbitan Intens Idea milik penulis dia sendiri, Fauziah Ashari. Boleh dapatkan novel ni di Popular Bookstore. Masih ada jual di situ. Kalau nak beli online di FB Intens Idea Fauziah Ashari pun boleh juga...

Tanpa Nama
7/1/13 11:30 PTG

Layanzzzz....

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Red Polka Dotted Pencil