>

Khamis, September 13, 2012

Ganjaran Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat`




Masa terus berputar. Hari terus berlalu. Tidak istilah berhenti seketika. Walau barang sesaat cuma. Itu adalah sumpahan waktu. Berlalu dan terus berlalu. Sama ada rela atau tidak. Itulah hakiki. Sudah tersurat sejak azali. Lalu andai tika ini jasad masih bernyawa, maka di bumi Malaysia ini harinya menunjukkan Khamis yang sudah menginjak ke malam Jumaat.





    Kebiasaannya kita di sini lebih gemar mengalunkan surah Yaasin sama ada di masjid, surau, madrasah waima di rumah sekalipun. Tetapi di sebalik amalan yang baik itu ada satu lagi tuntutan. Meskipun bukan wajib tetapi ganjaran kebaikannya tidak molek dibiarkan begitu sahaja. Membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat membolehkan seseorang hamba itu memperoleh ganjaran yang cukp bernilai.




    Apakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat? Ayuh selongkar keistimewaannya menerusi hadis-hadis yang diterjemahkan intinya dalam tulisan rumi. Semoga kita tergolong dalam golongan manusia yang mengambil peluang mengerjakan amal kebaikan sementara masih meminjam nyawa. Boleh ke laman Surah Dot My untuk memperoleh Surah Al-Kahfi beserta terjemahannya juga untuk mendengar alunan surah ini.





    Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadis-hadis yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya : 

    "Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an" ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898)

    Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang berikutnya." ( H.R Baihaqi)

    "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali Jum`at." ( H.R Hakim didalam Mustadrak)

    "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq"

     ... ... ... ... ... ...

    KREDIT  :  MTAQ   AT - TANWIRIAH


    Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

    8 comments

    14/9/12 4:53 PTG

    good sharing:)

    14/2/13 8:28 PTG

    Thankss for sharing =)

    Nour
    29/11/13 12:51 PTG

    Assalamualaikum,

    "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
    (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

    berkenaan dengan hadis di atas,kalau hanya mendengar sahaja, adakah mereka akan mendapat manfaat yang sama?

    Terima kasih..

    29/11/13 12:54 PTG

    @Nour Kena tnya yg lebih arif. But my personal opinoin, kalau tak bc quran, dgr ayat suvi pon dah dpt pahala, tp adakah ganjarannya sama mcm baca surh kahfi tu, kena tanya ustaz la jawabnya... Btw, trima kasih singgah sini ;)

    Nour
    29/11/13 1:00 PTG

    It's ok..anyway thank's a lot dear..

    Nour
    29/11/13 1:03 PTG

    It's ok dear..anyway thank's a lots

    30/11/13 10:48 PTG

    @Nour My pleasure, welcome ;)

    Catat Ulasan
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Red Polka Dotted Pencil