Jumaat, September 21, 2012

Cabaran Siakap Kumpulan Penyingkiran MasterChef Malaysia 2 Top 40



Seramai 22 orang peserta yang bertuah sudahpun selamat menyarungkan apron MasterChef Malaysia Musim Kedua. Lima episod terawal sudah berlalu. Dan aksi 40 orang berhadapan dengan cabaran memasak sudahpun disaksikan. Kini tibalah masanya peluang terakhir untuk 10 orang peserta yang kurang berjaya dalam episod sebelumnya.




Cabaran yang perlu dihadapi oleh para peserta pada kali ini ialah ikan siakap. Saiznya agak besar. Peserta perlu mengeluarkan isi ikan dengan teknik seperti yang ditunjukkan oleh Chef Zubir. Pelbagai aksi dan ragam dapat diperhatikan dari lagak 10 orang peserta yang diberikan peluang terakhir untuk musim ini.  Mereka terdiri daripada Ilaika, Ammar, Jamal, Arnee, Aleya, Intan, Amirul, Putra, Maira dan Eida.



Gambar Hiasan Sahaja Bukan Dari Episod Ini!



Seperti biasa usai menyelesaikan uji kemahiran, peserta perlu menyediakan hidangan berasakan ikan siakap. Kedua-dua tugasan ini harus disempurnakan dalam lingkungan waktu 90 minit. Intan merupakan peserta terakhir yang menyelesaikan tugasan uji kemahiran dan Intan jugalah yang pertama berjaya menyiapkan hidangan.  Dan apabila keputusan Eida dan Ilaika berjaya memikat hati juri untuk  bersama-sama dengan rakan-rakan lain bergelar Top 24 MasterChef Malaysia Musim Kedua.




4 Komentar

Write Komentar
Mrs Velentine
AUTHOR
21/9/12 11:12 PG delete

ikan nampak sedap hiasan kureng

Reply
avatar
21/9/12 12:59 PTG delete

@Mrs Velentine
Gamabq tu bkn yg depa masak punya. Cilok kat Pak Google..Depa x masak seekor, masa pakai isi yg depa kluaqkan masa uji kemahiran :D

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
11/11/12 1:25 PTG delete

Memang sedap siakap kl buat 3 rasa...Minggu ni x tau la sapa plak tersingkir...
M balasan kunjungan dan follow sini

Reply
avatar
11/11/12 2:11 PTG delete

@Si Matatajam Thanks ya, M sudi datang sini balik :D Tu la tak tau sapa yg akn tersingkir minggu ni.

Reply
avatar