Rabu, Ogos 01, 2012

Ilham Kontemporari Baju Melayu Aidilfitri 2012






Sekarang ini kata orang dunia di hujung jari. Apa sahaja yang diingini boleh dicapai dengan mudah. Hanya perlu ada kemudahan jalur lebar. Dan seluruh dunia umpama milik anda. Begitulah juga dengan diriku. Kalau dahulu, susah payah pelru mencari majalah fesyen untuk mencari ilham busana lebaran, kini tiada lagi. Hanya pelru menghadap komputer riba. Melalui kemudahan jalur lebar boleh mencari pelbagi rekaan yang terkini tanpa perlu bersusah payah.




Hari ini, sengaja mahu berkongsi dengan pembaca tentang rekaan terbaharu Baju Melayu sempena kedatangan Aidilfitri 2012. Sebuah butik fesyen terkenal, iaitu Lat's Collections telah tampil dengan rekaan yang segar dan kreatif mengikut peredaran zaman. Baju Melayu telah ditransformasikan menjadi lebih kasual. Gaya moden kontemporari ini pastinya akan memikat jiwa remaja dan belia.




Meskipun nilai tradisional tampak terhakis ekoran pembaharuan yang dibawa seiring peredaran zaman, namun ini tidak bermakna koleksi ini tidak sesuai untuk diperagakan di pagi lebaran. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing. Andai mahu sesuatu yang klasik maka pilihlah busana yang bercirikan tradisional. Sebaliknya jika mahukan sesuatu yang baharu dan berlainan maka cubalah idea kreatif busana kontemporari sebegini. Tepuk dada tanyalah selera...



Bagi yang berminat dengan rekaan-rekaan Baju Melayui seperti yang dapat diperhatikan menerusi sisipan gamabr dalam catatan ini, anda boleh berkunjung ke butik Lat's Collections di Taman Maluri. Sempena bulan Ramadhan dan ketibaan Syawal yang mulia, Lat's Collection juga telah membuka booth jualan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Untuk maklumat lanjut bolehlah singgah di laman muka buku butik ini. 


15 Komentar

Write Komentar
1/8/12 5:55 PTG delete

seriously semard giler!

Reply
avatar
1/8/12 6:27 PTG delete

Kan? Mmg smart. Lagipula diorg boleh sesuaikan dgn kehendak kita. Contoh warna, dan design.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13/8/12 7:39 PTG delete

Mcm mne nk oder boh

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
13/8/12 7:40 PTG delete

Plez cntc sy 0178015259

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6/4/13 4:37 PTG delete

Sy nk tmpah bju melayu ni mcm mana ya?

Reply
avatar
isaac azaro
AUTHOR
8/4/13 3:41 PG delete

assalam... sy zaro... mcm mana nk tempah ek n boleh ker sy bawa kain sniri tp nk buat mcm baju yg coklat atas skali tu cuma nk ubah ckit part kolar dia... just nk buat butang mcm baju melayu biasa... n baper upah ek klu tu...

Reply
avatar
nor basyirah
AUTHOR
12/5/13 10:15 PTG delete

macam mana nak oder and berapa harga ya..sebab nak guna baju next week..hope reply cepat

Reply
avatar
12/5/13 10:49 PTG delete

@nor basyirah

Nampak tak sy ada letak link lats collection tu, klik situ, dn dptkn mklumat lnjut di sana ya. Sy hanya share info ni, takda kaitan dgn pengeluar.

Reply
avatar
12/5/13 10:49 PTG delete

@Tanpa Nama Klil link lats colleciton di atas...

Reply
avatar
12/5/13 10:50 PTG delete

@isaac azaro Klik link lats collection tu yer, sy hanya share info, takda kaitan dgn pengeluar...

Reply
avatar
wan muslim
AUTHOR
7/7/13 11:52 PTG delete

ada fb x?? mmg betulr berminat ni...law blh nk g kedai...

Reply
avatar
8/7/13 12:20 PG delete

@wan muslim Diorg mmg ada FB, nmpak tak sy dah sharekan link fb butik diorg kat atas tu, sila pm diorg utk mklmt lanjut di fb ya...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7/5/14 12:29 PG delete

nak tanye bos brape harge baju melayu merah htm 2?

Reply
avatar
9/7/14 5:21 PTG delete

salam, boleh saya tahu harga buat baju melayu hitam kolar merah? tq

Reply
avatar
muhd syafiq
AUTHOR
23/5/16 9:34 PTG delete

boleh saya tahu dimana saya boleh beli baju tersebut ??

Reply
avatar