>

Sabtu, Ogos 18, 2012

Baju Melayu Tanpa Pesak Gaya Lelaki Metropolis


















Masih tercari-cari sepersalinan Baju Melayu untuk digayakan di pagi lebaran? Masih tidak berjumpa yang berkenan di jiwa? Apa? Saiz yang dicari dah habis? Hah?? Saiz ada tapi warna pula tak kena dengan selera??? Ermmm, ini semua merupakan telatah biasa sekiranya seseorang itu memilih untuk membeli-belah busana untuk dipakai pada pagi lebaran, di saat-saat yang akhir. 





 






















Memang agak sukar mencari Baju Melayu betul-betul cocok dan menepati citarasa jika dibandingkan mencari persalinan untuk kaum wanita buat digayakan di musim perayaan. Hal ini demikian kerana corak, material, idea dan konsep yang diterjemahkan pada busana ini agak terhad.



 




Walau bagaimanapaun, usah risau dan gelabah. Ini kerana butik pakaian yang terkenal dengan jahitan suits hadir dengan koleksi Baju Melayu Tanpa Pesak. Istimewanya rekaan ini dihadirkan tanpa pesak yang mana akan lebih mengikut susuk tubuh badan si pemakai.




Baru-baru ini seramai sebelas orang selebriti lelaki seperti Norman Hakim, Fahrin Ahamd, Fizo Omar, dan Fizz Fairuz, telah menggayakan rekaan Baju Melayu yang pelbagai warna ini. Tidak ada perincian-perincian yang melampau sebaliknya sekadar Baju Melayu biasa. Cuma istimewanya tiada pesak dan sesuai dengan golongan metropolis yang sering mencari sesuatu yang cocok dengan fizikal yang dimiliki.








Hendak dulang diberi dulang, Dulang berisi sagu mentah; Hendak pulang kuberi pulang, Tinggalkan jejak barang sepatah.

1 comment

Tanpa Nama
19/6/14 4:23 PTG

kat mane nak bari baju melayu ni ye..
Email : accounts@autoaid-tech.com

03-78062220

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...